9.8.11

Veintitres: Matluthfi90

Pinjam tau muka awak. Susah payah saya printscreen kat Youtube :P

Aku tak tahu apa sebab sesuatu mimpi di bulan puasa yang takde syaitan ni boleh jadi merepek sampai tahap tak boleh belah macam tu. 

Aku salahkan adik aku Lily sepenuhnya atas cerita aku yang berikut ni.

Dua hari yang lalu, atau lebih tepat lagi, dua malam yang lalu, aku bermimpi tentang sesuatu yang tak masuk akal.  Mimpi tu mula-mula nampak macam real, tapi bila dah bangun aku rasa nonsense gila. 

Nak tahu? Dalam mimpi tu, Mat Luthfi adalah boyfriend aku -________________-". Dan kami pergi mengembara bersama rakan-rakan yang tak dikenali, tapi dalam mimpi tu mereka adalah rakan-rakan aku. Dan dalam mimpi tu aku dengan excited memperkenalkan Mat Luthfi kepada Lily sambil berkata "Lily, ni lah Mat Luthfi yang adik suka tengok kat Youtube tu!"

Waddahek -__________________-"

Irony nya adalah, aku lebih minat Inianwarhadi berbanding Matluthfi90. Tapi teori yang aku berjaya konklusikan adalah, aku lebih banyak menemani Lily menonton Matluthfi90 berbanding Inianwarhadi. 
Cimbet betul.

Lepastu bila aku bukak account Youtube aku sekarang, antara thumbnail video yang keluar dalam suggested videos aku adalah thumbnail video Matluthfi90: mercun bola bukan bola. I should stop letting Lily use my laptop to watch Matluthfi after this :\. 


p/s: I seriously have nothing against Mat Luthfi. Tapi bayangkanlah, aku rasa dah lebih 5 kali aku tengok video beliau yang bertajuk Lampu Penyumpah tu. And Lily sekarang sampai dah hafal dialog dalam video Matluthfi90 yang bertajuk Cuti Sekolah Bersama Adik tu. Kalau aku muntah pun lepasni agaknya muntah keluar Matluthfi kot :S

1 comment:

farafiqa said...

bahahaha!!! I LOVE LILY!! lily, fara pon minat matluthfi! sepp sepp!!! :DDD