29.7.11

Segmen: Lagu Sedih

Entri Khas: Segmen Lagu Sedih by Adamainaa.


Sejak kebelakangan ni aku macam tak selalu sangat update blog. Jadi aku pun join lah segmen yang dianjurkan oleh adamainaa.com ni. So tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan. Aku rasa tengok tajuk pun dah tau kan segmen ni berkaitan apa :)



LYRICS translated in English

the white starlight envelops the tears
the tears fall in the warm wind
do you feel it? 

this trembling, quiet whisper that is going your way
i draw you on this white paper
the warm smile holds me
is this love? 
even when i close my eyes, i see only you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

please look at me, like the faraway stars
can't you be the one that's in my heart

Kenapa lagu ni? Dulu masa muda remaja zaman sekolah dulu, aku dengan sepupu-sepupu tercinta aku memang rapat gila. Kami selalu buat sleepover kat rumah masing-masing time cuti sekolah. Masatu best lah, macam-macam aktiviti kitorang buat sampai kena marah marah dengan parents sebab buat kerja gila malam-malam ahaha :P. 

Ada satu malam tu, sepupu yang paling rapat dengan aku sorang ni bawak CD cerita Hana Yori Dango, iaitu cerita Boys Over Flowers versi Jepun. Mula-mula aku dengan dia je duduk setia tengok kat PC sampai tak ingat makan semua. Last-last, semua sepupu-sepupu lelaki termasuklah adik aku pun join sama. Bayangkan, ramai-ramai ni tengok tapi kerusi kat PC ada satu je -__-". Malam tu kitorang pun bukak lah CD tu dekat TV sebab tak cukup seat kalau semua nak tengok kat PC. Sampai pukul 2-3 pagi semua orang setia tengok walaupun geram sebab payah sangat hero dengan heroin cerita tu nak dapat bercinta dengan tenang :P

But eventually, that was the last night we ever had sleepovers ever. Lepastu, aku dengan sepupu rapat aku habis sekolah. Kitorang pun dah sibuk hal masing-masing, sambung belajar apa semua. Sepupu-sepupu lelaki aku pulak semua dah membesar, ada cara hidup sendiri. Biasalah, lelaki :3. Dengan exam lagi. Diorang masatu baru nak PMR. Sejak tu serious payah gila nak kumpul ramai-ramai macam tu lagi. Time raya jelah dapat jumpa kat kampung. Tapi semua dah start segan-segan sebab dah besar kan. Rindu gila korang ohh. Rindu gila nak dapat buat macam dulu-dulu, movie marathon sampai  lewat malam :')

Lagu kat atas ni OST dari cerita Boys Over Flower iaitu versi Korea. walaupun bukan versi Korea yang kitorang tengok sama-sama, tapi cerita dia still cerita yang sama. And lagu ni lah yang buat aku nangis sebab teringat balik zaman dulu-dulu ketika muda remaja boleh tepuk tampar dengan kazen tanpa segan silu (ceh macam tua sangat je sekarang) .

:')

p/s: that's why I hate growing up.

28.7.11

Dieciocho: Tiq Menulis

Ya, ini sambungan post yang lalu. Ingat lagi Strawberry Cupcakes yang bukan makanan tu? Ni lah sebenarnya Strawberry Cupcakes yang aku maksudkan :D
Sempena kehilangan idea akibat taktau nak buat apa second half of my cuti panjang ni, aku pun tulislah novel cinta cliche berbahasa English hahaha. Semangat tak siap buat satu blog khas semata-mata nak tulis novel aku ni? Hahaha. Pergilah baca, susah payah tau aku tulis. Kalau bosan bagitau lah, nanti aku tambah perisa bagi best sikit ;)

Nah ni pengenalan sikit kepada cerita aku tu:
Kalau nak baca sila pegi ke tiqwrites.blogspot.com 

 I repeat, sila klik sini kalau nak pergi ke laman web Strawberry Cupcakes :D

26.7.11

Diecisiete: Strawberry Cupcakes

This is a project that I'm currently working on. No, it's not anything that has to do with food. It's just something I do to kill boredom and to fill my free time. I'm really working hard for this. Wait for it people :D

tiqcakap: maaf lah agak lama tak update kan? Banyak hal lah dua tiga menjak ni. Tapi lepas ni akan focus pada projek di atas, maka mungkin masih jarang update belog jugak -,-"

24.7.11

Do You Know?


when a gentle morning comes 
with a sunshine so bright it hurts my eyes
when i open my eyes to love
i sing for only you

for you i love you, only you
with a full heart that is beating so fast
with a breathing that is softer than aromatic coffee, 
i look at you

do you know? you feel it too, don't you
the love that my heart is saying
do you hear it? now, look at it now
my shy heart that is more beautiful than flowers

look at me. hold my hand tightly
isn't this a happy feeling? it's a shining destiny
the fragrance of love is making me smile

when the wind blows, i gently close my eyes
and whisper a request of love
so that you'll be able to feel my heart

look into my eyes
with a full heart that is beating so fast
now see my heart that is warm like a magical kiss

do you know? you feel it too, don't you
the love that my heart is saying
do you hear it? now, look at it now
my shy heart that is more beautiful than flowers

i promise you. let's pinky promise.
isn't this a happy feeling? it's a shining destiny
let's indulge in this fragrance of love forever

do you know? you feel it too, don't you
the love that my heart is saying
do you hear it? now, look at it now
my shy heart that is more beautiful than flowers

i love only you, exclusively you.

22.7.11

Diecisies: Kerja Tiq Sekarang?

Dah berhari-hari duduk berfikir tentang keputusan yang aku nak buat ni. Entah kenapa, padahal bukan susah sangat pun. Tak perlu keluarkan keringat pun nak taip satu post yang simple. Kan? Cehh. Tapi perasaan ragu-ragu ni terlalu kuat.

Sebenarnya aku lebih kurang cam terdesak jugaklah. Aku kan sekarang penanam anggur sepenuh masa sementara nak tunggu 12hb September. Penanam anggur tak bergaji. Dan situasi sekarang makin mendesak aku pulak. Haihh... Serious aku agak keliru sejak kebelakangan ni. Which explains the sudden decision to take sewing class and all. 

Dayyum, susah nya nak bagitahu satu perkara yang simple T_T

Tak tahu tak harini aku cuba distract diri aku dari mendekati lappy dan secara tidak langsung dari internet juga dengan menonton marathon Boys Over Flowers? Pagi-pagi aku dah berperang dengan diri sendiri, nak buat yang mana and yang mana lebih bagus, sampailah mak aku ajak temankan pergi kedai. Sepanjang perjalanan berjalan kaki pergi dan balik dari kedai, banyak lah masa nak fikir kehkeh. So finally, aku tetap dengan pendirian nak tengok BOF tanpa henti. Tak, aku tak tengok dekat lappy. Kat PC pun tak. Aku pasang dekat DVD Player dekat TV, ambek kau. Habis satu rumah pun terpaksa tengok dengan aku hahaha. Taknak dekat dengan lappy punya pasal. 

Tapi akhirnya, bila satu rumah muak tengok BOF tanpa henti (termasuklah aku), pukul 5 lebih tadi kitorang berhenti untuk buat perkara yang patut. AND LEPASTU TEWAS DENGAN DIRI SENDIRI JADI SEKARANG SUDAH BERADA DI DEPAN LAPPY LAGI :\ 

Oh, jadi sebenarnya aku nak bagitahu. Aku sekarang nak buat kerja secara online. Tak tahulah ada yang berminat atau tak. Ini khas untuk para blogger terhormat sekalian. Aku nak buatkan header atau layout blog korang dengan bayaran. Aku tahu aku tak hebat mana and aku tahu ramai orang ragu-ragu dengan kredibiliti aku dan keupayaan aku (tengok belum apa-apa dah berfikiran negatif), tapi aku sekarang manusia tak beruang berwang. So aku nak carilah sumber pendapatan dengan benda yang aku boleh buat dan paling penting ia halal. Kalau nak tau apa yang aku buat sekarang, pergi blog kembar Tiqcakap ni >>


Kalau berminat sila ke sana dengan segala hormatnya sekian terima kasih >.<


21.7.11

Quince: It's Raining Outside

Mom said I should take sewing class. 
Lepasni, bukan setakat hancurkan blog, hancurkan baju orang pun aku boleh :P

p/s: Excited with the idea. But... I can't really imagine myself 'menjahit baju orang' =,=

Update: I think I am over-attached to my Photoshop. I literally 'talked' to it just now and called myself MOM to it WTH -_________-"

20.7.11

Catorce: Photoshop



Kerja bosan-bosan aku malam tadi. 
Gembira pulak bila dapat teroka semua potensi yang ada pada Photoshop.

18.7.11

Trece: The End

*Please play the video and listen while reading this post*


I adore people with great talents. Mereka memang hebat lah. Sebab mereka boleh buat apa yang orang lain tak boleh buat. Walaupun tak sehebat orang yang lebih otai dan mempunyai nama gah seluruh dunia, tapi kita tak perlu jadi ternama untuk jadi yang terbaik. Kita tak perlu diiktiraf kalau kita suka apa yang kita buat. Dan orang yang duduk condemn orang tu, kau hebat sangat ke? Kau boleh buat apa yang "people with great talents" ni boleh buat? MAMPU??

Mamat dalam video atas ni, dia buat arrangement dia sendiri dan mainkan lagu Kisah Dongeng oleh Stacy versi instrumental. And instrumental music, which I have to say, is my weak spot. Dia macam api kena simbah dengan air batu. Macam orang dahaga dapat air sejuk. Perasaan dia macam tulah. Perasaan paling nyaman di dunia. Aku tau separuh orang tak suka lagu yang tak berlirik, I mean dia nak dengar lagu yang ada suara orang nyanyi bersama je. Itu hak masing-masing lah. Aku tak kisah pun. Aku tak rasa pun orang macam tu tak appreciate music. Manusia cita rasa masing-masing kan.

Back to the above video (jauh pulak melalut), pendek cerita aku minat muzik mamat ni. Tapi aku tak minat kuku dia O.O .. Bapak panjang weyhh! Kalau kau main gitar kuku panjang macam tu aku percaya lagi. Itupun selalu pemain gitar dia bela at least kuku ibu jari je. Tak rasa susah ke main keyboard kuku panjang macam tu? Hahahaha bising pulak aku ni. Almaklum bakal cikgu :P 

NI YANG PALING PENTING!

Tadi pergi Midvalley menonton wayang bersama sahabat lama yang LAMA GILA BERTAHUN-TAHUN TAK JUMPA and tengok cerita yang menjadi kegilaan majority people on earth END. Yes. We watched Harry Potter, which finally.. absolutely.. ended. Aku dah lama tak fanatic terhadap Harry Potter sejak habis PMR dan sejak kenal erti cinta *ehem*. Tapi bila tengok ia habis macam ni, rasa nostalgic pulak. Tengok dengan sahabat yang sama-sama bercerita dan berangan sama-sama dengan aku waktu zaman kecik-kecik sekolah rendah dulu pulak tu! Gila sedih :'(

This is to Nell and Hanisah: Aku ingat lagi dulu kita berangan sama-sama waktu darjah lima ke enam entah, we shared a story at my home. And in that little story of ours that never ended, we met with the three famous guys from Harry Potter, which is Harry Potter himself, Ron Weasley and Draco Malfoy. Nell, dulu kau suka gila Rupert Grint kan? Sekarang kau minat lagi tak dia? Hahaha. Dalam "kisah dongeng" kita tu, kau dapat bercinta dengan Rupert Grint kau kan? Hanisah kau pulak dengan Harry Potter ataupun Danial Radcliffe manakala aku dapat si Draco Malfoy yang sampai sekarang pun aku tak tahu nama sebenar pelakon dia hahahaha. Tapi of course lah, dalam "kisah dongeng" kita tu Draco Malfoy watak yang baik dan penyayang kahkahkah. Ingat lagi tak? Tolong lah ingat, kelakar gila :D Rindu gila zaman tu. Bila nak dapat jumpa lagi sama-sama, just the three of us...

17.7.11

Doce: Sunday

Sunday is English day. Thank you.


Very tired. Just came back from Pahang dad's home town. Need some more air to breath before I can write properly. 

15.7.11

Field Experience Journal: Finale

It's finally over. Just like everyone else, I think I feel just the same. Totally gonna miss this and that. But this I should say; I'm absolutely gonna miss the wonderful FOOD! Dammit :'( ..

Sri Aman gave me a lot of new perspective. I mean, because it's an all girls school, and because the fact that majority of the students are already so good in English. If I were given the chance, I would come back to this school to teach forever. I will move to PJ and leave my most beloved Shah Alam for this. Something I would not regret doing for a change. 

So as an act of gratitude, I gave our mentors, Pn Sybil and Pn Puteri, some homemade cupcakes. Adilah gave them homemade chocolates. We took pictures with them, said goodbye, went to meet the Principal to express our great big thanks for the two weeks she let us stay around the school. Anyhow, it was a brilliant two weeks, despite the fact that I had to wake up as early as 5.30a.m in the morning, but it was good sacrifice. 

Bye bye SMK (P) Sri Aman

13.7.11

Diez: Mission Accomplished

Projek Warna-Warni berjaya diselesaikan. Sebenarnya Projek Warna-Warni adalah projek mambakar Cupcake dengan topping berwarna-warni. Dah lama aku bercita-cita nak hasilkan cupcake yang berwarna-warni, dan setelah beberapa lama menggeledah idea dekat Google, hasilnya memuaskan hati. Walaupun tak sempurna, tapi aku gembira sebab sekurang-kurangnya aku cuba. Ni baru permulaan. Sebenarnya Projek Warna-Warni ni satu titik tolak ataupun batu loncatan kepada keinginan aku untuk buat satu lagi 'projek' menarik yang aku jumpa hasil dari menggeledah Google dan blogwalking. Cuma perlukan sedikit masa dan lebih research.
Inilah hasil kreativiti aku dan jugak adik-adik aku, Apied dan Lily. Time hias cupcake semua beria-ia nak buat dengan cara masing-masing. Lepastu bila dah siap, sayang nak makan. Haha sape suruh buat hasil seni atas makanan :P

Ehem, yang paling penting, I baked the cupcakes. Aku tahu taklah cantik mana pun. Biasalah, aku bukan pakar kulinari. Tapi aku dah cuba. Kepuasan tak terhingga. Tak sabar nak mulakan 'projek' seterusnya.

12.7.11

Nueve: Projek Warna-Warni


Setelah perut kenyang pun kena update juga. Patut tamak sebab tadi emosi lapar sekarang emosi kenyang.
Walaupun taktau nak cakap pasal apa, tapi aku nak paksa para pembaca agar baca jugak kepada sesiapa yang sudi baca tu. Sebab ada perkara important nak bagitau.

Cehh tadi cakap taktau nak cakap pasal apa =,=

Aku ada Projek Warna-Warni yang aku tengah dalam proses untuk dijalankan. Tadi aku ikut family aku pergi Carrefour untuk beli bahan-bahan sempena projek tersebut. Mungkin esok aku akan mulakan. Aku sebenarnya tak sabar ni. Semata-mata untuk projek ni, aku sanggup tangguhkan puasa ganti aku kepada hari Khamis dan seterusnya. Muehehehe.

Nanti kalau Projek Warna-Warni berjaya, aku update. Kalau tak berjaya, aku diam jelah. Dahlah nama projek tak boleh belah, Projek Warna-Warni. Nama nak gah je, tak jadi nanti padan muka hahaha. Sekian para sahabat sekalian :)

Field Experience Journal #4

Day 7 !!!!
Jadi, pejam celik pecam jelik dah pun hari ke tujuh. Eh?? Ayat macam pelik. Abaikan.
Jadi, rasa dah bagus sekarang? Rasa dah hebat? Hahahaha apa aku merepek ni.

Maaflah ya kalau bersikap pelik harini dan kalau banyak typo error. Semalam Hawa Power yang power berjaya install game The Sims 3 World Adventures *nada dengki sambil tumbuk-tumbuk tapak tangan*. Dan harini puasa ganti ada lagi tujuh hari kena bayar. Ni memang kaw kaw kena ganti sebab bulan depan dah bulan Ramadhan :S errr...

Aku banyak betul skip tarikh FE aku. Macam ni lah aku. Kalau tulis diari pun tak pernah konsisten, tulis blog tak pernah konsisten, buat assignment tak pernah konsisten, semua perkara tak boleh konsisten. Dasar manusia hampeh. Aku rasa aku ada Acute Inconsistency Disorder. Aku main reka je nama penyakit ni, tapi kalau akronimkn dah jadi AID. Takut tak kawan awak ada penyakit AID? Hahahahaha. 

Minggu ni hari bergerak perlahan. 15 minit terasa bagai 15 jam. Sebab aku dan Adila dah selesai keempat-empat class observation (actually dah 10 observation dah pun haha), jadi minggu ni kitorang taknak susah payh masuk mana-mana kelas lagi. Kitorang cuma interview orang-orang penting dan fotostat apa-apa yang perlu. Selain dari tu kami cuma duduk dalam bilik guru tanpa apa-apa aktiviti berfaedah. Aku cuba-cuba jugak nak siapkan ROS report tapi ada lagi bahan yang takde.

Akhirnya, nak tau apa yang kitorang buat? Kitorang main word games. Kitorang main Boggle, Word Scramble dan finally, ABC berantai -,-"

Cuba baca hasil kepada ABC berantai kitorang ni. Ada nama-nama orang-orang feymes dan mereka terlibat dengan macam-macam perkara aneh hahahaha.

Oh, and yes, kitorang memang suka bagi operasi yang hebat-hebat kat Najib. Hahahaha

9.7.11

Ocho: Myself

Susah lah nak update Journal field experience hari-hari dengan keadaan diri yang tak konsisten macam ni. Dahlah letih hari-hari terpaksa bangun awal pagi untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar Pendidikan, dapat cuti di hujung minggu tubuh badan pula enggan benarkan aku untuk bergembira suka ria. Sedih aku :(

Sekarang aku menulis post ini dengan bantuan Panadol yang aku telan tengahari tadi. Demam ni buat aku rasa bosan. BERSIH 2.0 pun buat aku rasa bosan. Tak dapat keluar rumah sangatlah bosan. Sekatan jalan raya yang merata-rata lagilah bosan dan annoying dan menyakitkan hati.

Jangan terkejut kalau blog aku berubah wajah lagi.


7.7.11

Field Experience Journal #3

Day 4
Yes, I know I skipped day 3. But I'm not gonna go and make one. What has passed is passed. But I will summarise about yesterday a little in here.

Semalam I call you, you tak answer~ llaalala hahaha takdelah gurau je :P

Semalam hari yang agak perlahan (hari-hari pun agak perlahan nampak sangat tak bersedia jadi cikgu lagi). Takde banyak kelas untuk di observe. Dua kelas je, itupun satu kelas tu Pn Sibyl tak mengajar pun. Sebaliknya beliau latih anak murid beliau untuk pertandingan Choral Speaking di Subang Parade. Dulu akulah yang dok tamak join benda-benda tu, sekarang aku yang jadi tukang tengok je. 

Selepas tamat sesi persekolahan ada meeting perkembangan staf. Tapi aku stay sampai pukul 3.15 je sebab kasihan pulak Farihah nak tunggu lama-lama. Lagipun ayah Farihah tak dapat jemput kami pulang semalam jadi kami berdua balik naik LRT dan Komuter.

Harini dapat observe 3 kelas. Tapi still, banyak masa dihabiskan dekat bilik guru. Duduk melangut tengok cikgu-cikgu lain sibuk buat kerja. Aku dengan Adilah je kot yang ada segala masa di dunia perguruan hahaha. Pukul 9.30 pergi kantin untuk brunch. Food is awesome as usual! 

Lepastu setelah benar-benar tak tahu apa nak buat selain berangan, aku sambung lukis portrait adik aku Wani yang aku lukis ketika cuti bulan lepas. Kebetulan pulak sebelah meja aku tu cikgu seni, dia tegur lah aku sambil komen-komen lukisan murid-murid beliau. Katanya, dia sebagai cikgu seni pun tak hebat melukis macam aku. Tapi bagi aku, sekurang-kurangnya beliau guru seni dan ada ilmu tentang seni. Macam aku ni? Main tibai je ikut sukahati. Bila lawan pengetahuan dengan cikgu seni tu nanti kalah jugak aku. Kan?

Anyway, aku rasa cikgu-cikgu dekat sekolah tu betul-betul punya sense of humor yang tinggi. Gelak sepanjang masa walaupun tengah busy. Dasar cikgu. Memang patutlah budak-budak TESL perangai havoc tak ingat!


tiqcakap: Maaf semalam tak update journal hari ketiga. Terlalu letih akibat pulang menaiki kenderaan awam.

5.7.11

Field Experience Journal #2

Day 2
Berlalu sudah hari kedua. Hari yang sangat panjang dan bosan. Hampir tertidur waktu observe kelas tadi -,-" huhu. Harini observe satu kelas je, jadi Puan Sibyl pun bagi kami kerja: tolong tanda latihan anak-anak murid beliau. Ehe.

Pukul 10 macam tu, sebelum rehat kedua, aku dan Adilah pergi lunch. Dekat kantin je pun, tapi makanan cikgu sedap-sedap rupanya kan? Kantin sekolah Sri Aman ni macam-macam makanan ada. Sushi pun ada jual wahwahwah makanan kesukaan tapi saya tak berani nak beli takut orang cakap saya batak pula ahaha =,=.

Pukul 11 a.m baru Pn Sibyl ada kelas dengan budak-budak 4 Sains Bakti. Waaaaa so mengantuk maaa! Lepas kelas tu, aku dan Adilah pergi ronda-ronda kawasan sekolah, ambil gambar bilik-bilik khas dan taman kura-kura yang cantik. Dan lepastu kembali ke bilik guru.

Bilik guru tu heaven sebab ada aircond, tapi aku rasa itulah tempat paling bosan di dunia. Kalau ada benda lain nak buat it would be my greatest pleasure! Sepanjang masa dalam bilik guru tu, aku buat-buat busy cuba buat draf ROS report dan fikir apa nak buat untuk hari Khamis.

Oh ya!! Speaking of which, hari Khamis Pn Sibyl takde, jadi aku dan Adilah kena take turns ganti kelas dia. Teaching time!!! Hahaha apa benda laa nak teach. Aku rasa nak bagi aktiviti menyeronokkan je kat bebudak tu. Diorang pun bukan nak sangat belajar kan? Ahaha :P

Itu je kot harini. Esok baru stayback sampai petang untuk tengok Taekwando kids practice. Yeah, until then peeps.

4.7.11

Field Experience Journal #1

Day 1

Pukul 5.30 pagi jam loceng kejutkan aku. Inilah paling awal pernah aku bangun untuk memulakan hari selain ketika kem kepimpinan ketika zaman sekolah dahulu kala, terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk qiyamullail segala bagai. Serious, ini paling awal.

Mandi, solat, bersiap pakai baju kurung dan lilit selendang hitam legam, tak perlu make-up over sangat sekadar celak ikut sunnah nabi lah katakan (cewahh), tengok jam dah 6.15. Dammit tak sempat breakfast! Capai beg dan sarung kasut, abah hantarkan ke rumah Farihah (take note of this name).

Apparently, because I had no other choice of transportation that could take me to SM (P) SRI AMAN, PETALING JAYA on time, I had to hitch a hike with her. Yes, Farihah. Dia merupakan pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah tersebut. Dia merupakan kawan adik aku, Apid. Dulu mereka sekelas, tapi Farihah pindah ke sekolah Sri Aman ketika form 4. Ke form 3 ntah? Kebetulan, abang Farihah dulu kawan sekelas aku jugak, whom I have known since my primary school years. Kesimpulannya, aku kenal sangatlah dengan keluarga Farihah ni. Maka, bersyukurlah aku dapat rahmat dari Tuhan kerana tak perlu naik komuter pagi-pagi untuk ke KL Sentral kemudian ambil LRT putra ke Petaling Jaya. Thank you, God.

Hari pertama merasai pengalaman sebagai seorang guru, rasa sangat janggal. Dulu-dulu time assembly aku lah antara ratusan pelajar yang beratur dalam barisan (tapi tipu jugak aku dulu pengawas mana beratur dalam barisan kehkeh), dan cikgu-cikgu duduk sebaris di hadapan menghadap semua para pelajar. Hari ini, aku lah antara barisan para guru tersebut yang melihat ke mata-mata setiap anak murid yang hampir kesemuanya tak suka hari Isnin (I'm very sure of this). Hahaha.

Sri Aman is an all girls school. It's also a cluster school. Sekolah ni taklah menarik mana, tapi hampir semua kemudahan ada. Cikgu-cikgu pun baik dan peramah, tak lokek bertegur sapa. My mentor throughout these two weeks will be Pn Sibyl Su. A very energetic and interesting Chinese woman who is also the Ketua Panitia Bahasa Inggeris. However, she challenged me and Adilah to take charge of one class next week, jadi kena jugak mengajar wuwuwuwu -___-"

Oh ya, dan banyak jugak belajar tentang sistem sekolah ni tadi. Walaupun harini berjalan agak perlahan, tapi kami sempat jugak observe dua kelas; satu kelas form 5 dan satu kelas form 2. Yang bagusnya about this school is majority of the students bertutur dalam Bahasa Inggeris sesama mereka dalam perbualan harian, not just in class! Jadi takde masalah bagi aku kalau nak mengajar minggu depan sebab tak perlu risau pelajar yang kurang faham akan ketinggalan or something like that. 

Itu je kot, buat masa ni. Harap esok lebih banyak perkara menarik untuk dialami!

1.7.11

Siete : Rewind



Nenek aku selalu cerita, masa kecik-kecik aku suka cakap sorang-sorang. Orang tua sibuk berbual, aku duduk kat satu ceruk dan berbual dengan 'imaginary friend' aku. Serious aku tak pernah ingat semua tu. Nenek aku cakap lagi, takde siapa pun faham apa yang aku bebelkan. Aku bercakaaap lah situ sorang-sorang dalam dunia aku, dengan bahasa aku. Masatu adik aku yang kedua pun tak lahir lagi.

Mak aku cerita, masa aku masih kecil, aku pernah tercekik buah pelam sampai muka jadi biru. Waktu tu aku baru berumur antara setahun dua tahun camtu. Mak cerita, masatu beliau betul-betul panik sampai nak pergi mintak tolong jiran sebelah. Mujur abah aku lebih tenang, dia lakukan teknik menyelamat macam yang kat TV tu, keluarlah seketul buah pelam yang tak dikunyah sebelum ditelan... Bila adik-adik aku lahir, mak cukup berhati-hati bila bagi makanan kat diorang. Sorang pun tak dapat makan buah yang pejal selagi tak hebat mengunyah, hahaha!

Dulu masa kecik-kecik, minuman feveret aku ialah air bandung. Aku ingat lagi dulu, mak aku selalu bancuh air bandung dalam kole pastu simpan dalam peti ais. Air bandung senang je nak bancuh, campur sirap dengan susu, dah siap. Tapi sekarang, aku cukup anti dengan air sirap. Air bandung lagi aku dah tak pernah sentuh =.= 

Dulu aku suka imagine aku ni ada super power. Kadang-kadang aku berlakon jadi ultraman, tapi aku main senyap-senyap je sorang-sorang. Pernah sekali dekat kampung, aku jumpa jaring yang isi buah-buahan tu, tapi buah nya dah takdelah tinggal jaring aje. Aku pun serkup lah muka aku guna jaring tu, pastu berlakon jadi ultraman. Sekali nak bukak balik tak boleh, jaring tu tersangkut kat leher aku. Pffft -__-" nasib baik nenek aku nampak. Cepat-cepat dia ambil pisau dan tolong keratkan jaring tersebut.

Dulu aku suka sangat makan kicap. Kalau makan nasi berkuahkan kicap pun dah cukup. Dulu aku tak berapa suka makan laksa. Tak sedap. Kalau pergi rumah saudara-mara time openhouse, selalu kan orang buat laksa. Jadi aku makan lah laksa tu dengan kicap. Dulu rasa sedap, sekarang kalau makan laksa taruk kicap rasa pelik lah pulak =,=

Dulu aku suka Garfield, watak kucing gemuk yang pemalas. Sekarang pun aku suka jugak Garfield, tapi aku suka Angry Bird lagi banyak. Kehkehkeh.