12.8.11

Veintiseis: Semangat Patriotik


Tengok header tu lama-lama sikit.

Haaa tau tak tahun ni kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang keberapa tahun? Kalau tak tahu korang boleh pindah pergi Kutub Utara takpun Greenland pun boleh.

54

Tengok tu lama-lama sikit. Simpan dalam hati, nanti tahun depan takde lupa dah. Kehkeh. Kita dah pun 54 tahun merdeka. Patut rasa bersyukur walaupun sejak kebelakangan macam-macam kemelut dan konflik melanda, tapi aku taknak cerita pasal keburukan sekarang. Sekarang ni aku nak menikmati je apa yang Allah S.W.T dah kurniakan kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ni; kebebasan dari belenggu penjajah.

Untuk pengetahuan korang, Utusan Malaysia menganjurkan kempen hias lamanweb/blog sempena bulan kemerdekaan ni. Aku dah join, korang taknak cuba nasib ke? Hadiah lumayan wa cakap sama lu.

Tempat pertama: RM3000
Tempat kedua: RM2000
Tempat ketiga: RM1000
3 Hadiah saguhati: RM300

Takkan taknak kotttttt????

Kalau nak join, pergi klik kat logo kempen yang aku insert kat header atas tu. Pastu bacalah syarat-syarat dan penyertaan okay.


P/s: I had two nightmares in a row last night, other than the fact that my gum is swollen (again) and bleeding too. Sakit gusi memang boleh mimpi buruk eh -___-"?

2 comments:

Atika Aula said...

salam ziarah~ Atika Aula nak bg duit raya~ jom join :)

Tiq Hashim said...

InsyaAllah, ada kelapangan saya cuba join eh :). Terima kasih singgah sini Atika Aula