31.10.11

Tempahan Layout dari Hahawawa


Baru siap design template untuk kak Hawa. Beliau housemate saya, and beberapa minggu yang lalu blog beliau dilanda masalah sehingga layout blog beliau hilang semuanya. Jadi kerana tak mahu menghampakan kak Hawa, dan jugak kerana saya suka baca blognya, jadi saya ambil tempahan layout ini dengan senang hati.

Pergilah follow kak Hawa. Adik saya Lily sangat sayang pada kak Hawa. Tiap tiap minggu berkirim salam bagai orang bercinta pula, huehuehue :3 . Klik kat gambar atau nah link.


Lepasni ada lagi satu tempahan layout untuk blogshop. Alhamdulillah ada rezeki sikit bulan ni. Boleh buat bayar bil yang melambak lambak huwuuu.

Anyway people, kalau ada yang nak menempah layout juga, saya ambil RM10 untuk satu layout penuh. Kalau nak sekali dengan header, tambah RM5. Taknak bank-in, hantar sebagai topup pun takpe. 

Sekian terima kasih :)

P/s: Marah betul dengan manusia yang rasa dia je paling betul dalam dunia. Panas panas panassss!

26.10.11

11 Things About Me

Tagged by : Fyfy Liew :)

1 . I am ultimately shy in person
2 . I am a neutral person; I usually don't take sides and am not judgemental
3 . My Zodiac is Libra (I think this explains number 2)
4 . I like to try new things
5 . Imma big fan of Angry Birds!
6 . I love instrumental music
7 . I'm a game-addict, and I seriously need one good RPG game now T.T
8 . I love to shop for clothes. Not sure lah if I'm a shopaholic or no hehe
9 . I love to travel. The place I wanna go to most is Japan
10 . I spend aproximately 5 hours on Youtube every normal un-busy day
11 . I spend approximately 12 hours on the internet everyday when I have Unifi. Maybe even more

Now to answer Fyfy's question :D

1 . Korang apa khabar?
Baik baik saja :D

2 . Sihat tak?
Sihat. Cuma sejuk sikit skrg musim hujan.

3 . Apa pandangan korang tentang blog aku?
Comel. Tiq suka blog Fy sebab simple and tak serabut mata memandang. Lgpun sekarang Tiq suka lagu instrumental Utada Hikaru - First Love yang Fy letak kat blog Fy :D

4 . Apa pandangan korang tentang aku?
Baik hati, friendly, suka buat orang gembira dan simple. Seorang gadis yang just nice. Mesti Fy ni seorang kawan yang baik untuk orang2 sekeliling dia.

5 . Korang nak tak datang Sabah?
Mestilah nak! Tak pernah lagi pergi sana. Boleh jumpa Fy kalau pegy sana :D

6 . Apa yang korang nak dari aku?
Hmmm. Taktau lah. Fy dah bagi song dedication haritu untuk birthday Tiq and Tiq rasa itu perkara paling Tiq tak sangka akan dapat dari siapa siapa :)

7 . Korang suka tak baca blog aku?
Suka. Tiq ni tak rajin blogwalking, jadi Tiq suka pergi blogwalking dekat blog yang ada dalam bloglist Tiq je hehehe :P

8 . Korang suka makan apa?
Tiq suka makan sushi.

9 . Aku suka fettucine carbonara. Korang suka tak?
Err... Tiq tak pernah rasa lagilah. Spaghetti carbonara pernah lah makan hehe.

10 . Aku suka minum nescafe. Korang suka tak?
Haa yang tu suka sangat! Tu hot drink favorite Tiq kot :D

11 . Terima kasih kerana sudi jawab tag ni. Lainkali nak jawab tag lagi tak?
Kalau ada kesempatan boleh aje, hehehe :D


Sepatutnya kena tag orang lain untuk buat ni, tapi aku takut takde siapa nak buat. Jadi aku amanahkan jelah pada sesiapa yang baca blog aku ni and yang rasa nak buat benda ni, silalah okay? Lepastu tinggalkan link dekat komen supaya aku boleh jenguk balik kemudian. Bye bye :)

20.10.11

Terima Kasih Fyfy :')

I am super duper truper touched and happy T.T

Ada sorang insan yang baik hati ni, dedicate lagu birthday untuk aku and post dekat Youtube and dekat blog dia!! Korang ada??? Haaaa *terharu*



Kenalkan Fyfy. She's from Sabah and I met her through We Love Arts. Remember We Love Arts? I've mentioned it before in my posts. It's a facebook group of bloggers and art lovers. We are all talented in our own ways :)

Fyfy ni, bukan saje cantik orangnya, malah dia berbakat menyanyi :D! Dia ni lah Fyfy yang aku maksudkan haritu, yang aku nak buat kolaborasi cover lagu Adele - Someone Like You dengan dia tu. Suara dia sedap kan? Hehehehe.

Haritu dia tulis pasal aku kat blog dia dan buat aku senyum sampai telinga satu hari (he he he), kali ni untuk birthday aku, dia siap buat satu entri khas untuk aku! Mana tak terharu wey T.T Taktau lah apa yang special sangat aku ni pada dia, tapi dia ni baik orangnya + friendly and dia baru aje lengkapkan birthday aku malam ni. Bagus jugak aku terlambat jumpa entri dia ni sebenarnya. Now I got a reason to keep on smiling for the whole night :)

Aaaaaaahhhh sebenarnya taktau nak cakap apa dah. Speechless. Rasa nak terbang semua ada :')

Tengok lah entri tu kat belog dia sendiri nah -->

http://fyfysproperty.blogspot.com/2011/10/happy-birthday-tiq-hashim.html

AND tak lupa jugak semua kawan kawan baik yang saya sayang yang wish birthday through text and dekat Wall FB, and mak abah yang belanja makan dekat Nando's, and adik-adik yang bagi hadiah especially Lily yang bagi wafer coklat dan duit raya 30 sen sebagai hadiah -,-", Terima Kasih Semua!!! Ahhh, sayang korang banyak2 muahhhh <3 !

P/S: My birthday has just been completed. Thanks Fy 

19.10.11

First Day of Being 20


This is so cute I could ROFL to death. 

But seriously, comel kan? This is my birthday song :D Because it makes me happy, so it's my birthday song for this year. He he he.

16.10.11

First Class



Someway, somehow, this music score makes me feel so angry. Makes me feel like killing someone. Maybe it was a bad idea to be listening to this while I was actually feeling dissatisfied towards a person. Hmmm... 

Anyway, during this weekend, I watched X-Men First Class three times. The second time was only to indulge into the soundtracks in particular. I love Henry Jackson's work in this movie. They were all awesome. I could feel Erik a.k.a Magneto's pain and anger throughout the story. And suddenly my favourite character in this movie is Magneto ha ha ha. Well, after Jean Grey. Ha ha. *Nak yang awesome je*

Actually, I have to record a cover song that I'm collaborating with Fyfy. But because I was busy watching X-Men, I forgot to record it T.T . Sorry Fyfy, nanti Tiq rakam okay. Dah siap nanti Tiq post sampai Sabah bagi Fyfy dengar ahaha :D

P/s: My new mission - Watch all the other X-Men movies from the very first episode.

14.10.11

My Everything

You always annoy me. Yeah. Sometimes when I don't have the mood to talk about or listen to things, you'd come and ask me stupid questions, asking for this and that. It's kinda irritating okay! 

But sometimes, you do the most random things and make me laugh. That would be the most priceless moment ever, and I don't want it to go away. Seeing you smile, hearing your laughter, it made my day. I'd do anything to see that smile everyday. How did you do it? 

You never listen to me when I try to advice you. You're stubborn at times, and very grumpy. Your mouth smells because of your stubbornness. Though at times you would do anything for me. Even if you'd complain because I always ask you to help me, you still do it anyway. When your mood is good, that is. And when you want something back, you always treat me kindly and act cute in front of me, and I almost always melt to your cuteness. How did you do it?

I wonder why is it that whenever I'm sad and down, it's like you know it and understand, even if I try hard to hide it from you. You're always there, suddenly doing your random things and returning the smile on my face, even though I was crying inside. How did you do it?

Remember that time when you hi-jacked my facebook and wrote a status on my profile? I laughed so hard and I wasn't at all angry even if I pretended to be. You frequently post random comments on my wall and my friends' walls, and my pictures and links and my older posts -,-". And sometimes you post inappropriate comments on the wrong posts and no one replies to it and you get so sad everytime you open your account and there's no notification hahaha! 



I hope you never grow up and always be my cute little flower that beautifies my days and nights. But nahhhh, I can't stop you from growing, sadly as I say this :( . One day when you know how to read English properly, I hope you read my blog and read this so that you know how much I used to love you, and forever will. I heart you little Lily <3

p/s: Rindu adik, padahal kejap lagi nak balik rumah dah wuwuwu :'(

13.10.11

Big Bad Wolf, The Biggest Book Sale In The World!

Sepatutnya semalam tulis pasal benda ni, tapi semalam letih + pening kepala tak mampu nak buat apa dah. Hanya mampu tidur pukul 2 pagi ekeke :P 

Dan harini pun malas jugak sebenarnya, sebab kononnya nak puasa laptop selama beberapa hari sebab aku rasa pening kepala ni selain dari berpunca daripada cuaca tak menentu sekarang, terlalu banyak mengadap laptop jugak menyumbang kepada masalah kesihatan kan. Tambah pulak baru baik demam ni, but that's not the point. Hairini rasa perlu untuk menghiburkan diri, jadi bukak lah Youtube kejap untuk tengok boyfriend kedua dan ketiga. Iaitu Nigahiga dan Kev Jumba kehkeh :D

Okay so, alang alang dah sampai kat Youtube, apa salahnya kan terus je bukak Blogger terus sebab account Youtube aku dengan Blogger guna email yang sama dekat account Google *Seriously, apa sebenarnya aku cuba sampaikan ni =,="?*. 

Semalam pergi this book sale dekat Serdang/Bangi (aku pun tak pasti, sebab orang ni cakap kat UKM, orang ni cakap tempat tu kat MAEPS so dah confuse) dekat this one building yang dekat dengan Hospital Serdang tu. Book Sale ni nama dia Big Bad Wolf (BBW), The Biggest Book Sale in the world! Pergi bersama kawan-kawan iaitu Hawa, Eja, Zue dan kawan diorang Wowo, dan pening di dalam kereta T.T 

Tapi, to be honest, THAT PLACE WAS... HEAVEN! Lantas hilang segala mabuk kenderaan yang dalam kereta tak boleh bukak mata tadi, rasa nak muntah segala, lenyap beberapa minit selepas melangkah masuk ke dalam bangunan tu. Cuba teka aku bawak balik berapa ketul buku? Empat. Cuba teka kawan-kawan aku yang lain ni bawak balik berapa ketul buku? Sepuluh. 

Ya, korang tak salah baca. Mungkin kalau aku pun banyak duit macam dia, aku sendiri dah bawak balik sepuluh buku. 

Lihat lah, ni buku untuk tiga orang je, belum masuk aku punya lagi :3

Ni empat buku yang aku beli. Siap jumpa buku idaman lagi, Eldest by Cristopher Paolini. All this for RM27 ONLY!

Mana laa aku tak rasa macam nak nangis terharu, Eldest tu kalau carik kat luar RM50 pun tak dapat. Jumpa dekat sini harga RM8 je!!! Aku beli empat buku dengan separuh harga dari harga sebuah buku! Bayangkan lah betapa ruginya siapa yang tak pergi BBW Book Sale ni! *Ceh over pulak kau ni*

Bukan nak promote melampau, tapi serious oh rugi kalau tak pergi. Dekat Serdang je, dekat bangunan MAEPS berhampiran Hospital Serdang. Tak pun pergi lah google ke apa ke, aku pun tau dari kawan-kawan. Dan maaflah aku taktau direction nak ke tempat tu, sebab sepanjang perjalanan aku pura-pura tidur sebab kepala dah pening rasa nak muntah semua. Sedih betul, sebab aku sebenarnya rasa nak pergi lagi dengan family :'(

And kat situ macam macam jenis buku ada. Buku pasal sejarah sejarah, dokumentari, fotografi, resipi, hobby, autobiografi, fantasi, kanak-kanak, semua ada! Just go there, preferably with your family *sebab boleh pau duit ayah kehkeh*. If korang rasa nak pergi lepas baca entry ni, boleh pergi lagi sekarang ni. Dia sampai hari Ahad ni iaitu 16 Oktober 2011. Go now, seriously go! And kalau dah konfirm nak pergi tu bagitau lah eh, gua nak ikut ehem. 

Or, you can also go to the website for more information >> http://www.bigbadwolfbooks.com/

Phew! Finally. Now I can sleep with peace. Byebye laptop teehee :D

10.10.11

Random random subject

Strawberry Cupcakes dah berubah wajah :D

Aku makin tak tau apa nak tulis dalam blog.

Strawberry Cupcakes dah mula menghampiri climax jugak! Mulai sekarang jalan cerita akan bertambah menarik dan penuh teka-teki hikhik :P

Sejak demam tempohari, kepala aku asyik pening dan selera makan aku jadi teruk gila. Ah taknaklah cerita, nanti korang cakap aku mintak simpati.

Aku perlukan ilham lebih untuk Strawberry Cupcakes. Siapa nak jadi kekasih saya yang comel untuk sehari? ekeke :P

Aku patut lebih gigih menyimpan duit sem ni. 

Fesyen dulu dengan fesyen sekarang tak jauh beza pun. Kalau aku pakai je apa yang aku pakai sekarang, 40 tahun akan datang orang masih pakai balik fesyen ni. Kenapa kena bazir bazir duit sebenarnya?

Jom tengok BOF untuk kali yang ke sejuta empat puluh ribu enam ratus dua puluh tujuh kali?


3.10.11

Nasihat Blogger Kepada Adik Blogger

Hai semua. Harini nak promote blog lagi. Tapi ini blog adik sendiri, ahahaha. Macam apa je, tapi bagus lah tolong keluarga :3

Ini dia, Just Wani nama diberi. Nama blog lah of course. Baru habis UPSR, tahun depan form 1. Baru nak mengenal dunia, tapi aku galakkan dia buat blog. Aku harap dalam dunia blogging ni, dia akan jumpa perkara-perkara menarik dan berfaedah untuk dijadikan iktibar. Aku dah syorkan beberapa blog bagus untuk peringkat umur dia, dan aku dah larang dia dari mendekati ciri-ciri seorang blogger yang menyampahkan. Tak faham? Blogger yang tulis 'eww eww' dalam perkataan dan cerita pasal boyfriend dia paling hot di dunia dalam setiap post. Aku pun ada boyfriend jugak weyyy... 

Kenapa aku galakkan dia blogging? Sebab pertama, boleh pupuk minat menulis. Sebab bila nak menulis ni, kita perlukan idea supaya hasil tulisan tak membosankan dan bukan setakat satu perenggan (eh tapi kadang-kadang aku pun selalu buat camtu. dammit). Nasihat pertama aku dekat dia, tolong lah gunakan bahasa baku bila menulis. Paling tak pun, kalau taknak baku sangat sebab takut orang cakap kau skema, takyah lah nak 'eww eww' dalam tulisan. Bukan takat membazir ruang, malah memanjangkan perkataan yang asalnya ada 4 huruf jadi 7 atau lapan huruf. Contohnya, perkataan macam dalam dialog berikut:

"Aku saja saja je buat macam tu kat kau. Aku dengki dengan kau."

Tetiba bila ada 'eww eww' dah jadi

"Akuw sajew sajew jewp bwat camtuww kat kaw. Akuw dengky ngan kawwww larh weyhh"

LMFAOROFLTROLLOLOL

Pada sesiapa yang pernah ada pengalaman buat benda-benda ni, takpe. Jadikan iktibar okay. Dalam masa yang sama, sila gelakkan diri sendiri sekarang. Bahahaha.

Selain dari tu, aku cakap jugak kat adik aku, kalau nak tulis pasal apa yang kau lalui dalam hidup, kau pergi mana harini, kau jatuh tangga berdarah hidung ke, itu semua tak kisah nak cerita. Kalau comel-comel cerita kau mesti orang suka nak baca. Tapi kalau setakat bergaduh dengan kawan, kawan terpijak kasut sikit terus taknak kawan selama-lamanya, kawan curik boyfriend kau, tolonglah weh jangan terniat pun nak tulis kat blog. Pergi cari buku latihan kau yang lama-lama tu, pegy tulis dalam tu diam-diam. Orang lain taknak tahu pun kau bergaduh dengan siapa. Kalau kau tetiba kawan balik dengan dia esok pun orang taknak tahu, walaupun tu bagus.

Jadi setelah memastikan dia faham, dan setelah aku tolong buatkan template khas untuk blog dia, maka secara rasminya pada tanggal 2 Oktober 2011, adik aku Wani telah pun mula melibatkan diri dalam dunia blogging. Aku harap dia ingat semua nasihat aku. Nanti dia dah start sekolah menengah, mungkin masa untuk blogging dah takde sangat, atau mungkin dia dah hilang minat, tapi aku sokong dia dari belakang. Sebab kalau aku sokong dari depan nanti bila dia nak taip dia tak nampak pulak skrin komputer tu kalau aku dok depan dia ahahahahaha dah diam. Okdahbaibai :D

Ini blog dia dan header blog dia yang ommey ommey aku tolong buatkan ahaha. Klik gambar kalau nak melawat :)