3.8.11

Diecinueve: Terima Kasih Adamainaa


Comel tak? Comel gila kan. Ini bukan aku yang lukis. Ini datangnya dari Adamainaa. Dia ni Admin group WeLoveArts kat FB. Eh, kan Adam kan? Hahaha. Aku rajin pergi jenguk blog yang dimiliki oleh dua orang sweet couple ni iaitu Adam dan Ainaa. Sebab tak tahulah kenapa, tapi blog ni menarik perhatian aku. Aku ni dahlah bukan kaki blogwalking sangat (sebabtu la follower seciput), blog yang aku rajin singgah banyak-banyak kali pun ada berapa je. Antara blog-blog tersebut adalah blog Adamainaa ni lah. Tapi aku tengok Adam je selalu post.... Ainaa bz kot hihi :P. 

Semalam dia "share info" tentang blog novel aku Strawberry Cupcakes kat blog hebat dia, tapi aku still rasa macam dia tolong promot sekali sebab lepas dia tulis pasal post tu ada beberapa orang mula follow blog novel aku dan baca. Wey, tipu la tak terharu. Hahaha! 

Thanks eh Adamainaa. Haa ni dah kali ketiga aku cakap thanks kat dia nih. Sekali kat FB, sekali kat post yang dia tulis pasal Strawberry Cupcakes tu, haaa pastu kat sini. Nampak beno terharunya HAHAHA.

Thanks bagi yang dah baca blog novel aku. Aku tak hebat sangat menulis cerita, sekadar suka-suka je. Kalau rajin pergilah try baca ek bagi yang belum baca. Nah link


Pastu jangan lupa g blog Adamainaa sekali tau. Sebab banyak perkara kreatif dalam tu. Main piano pun hebat dia ni, isy dengki betul aku =,=...


Sekian, Terimakasih :)

p/s: Aku rasa salah satu faktor aku rajin pergi blog dia sebab dia hebat gila design and selalu lukis benda-benda comel macam kat atas tu. Bila entah aku nak hebat macam tu?

No comments: