4.8.11

Veinte: Sarkastik Tak Bertempat

"Eleh, bulan Ramadhan baru nak tunjuk baik"

"Orang sembahyang lima waktu sehari semalam hari-hari, bukan bulan puasa baru nak sembahyang."

"Bulan Ramadhan baru kecoh nak pakai tudung tutup aurat segala bagai. Macamlah masa puasa je aurat tu berdosa."


Selalu tak dengar or terjumpa banda-benda dekat atas ni? Aku sebenarnya tak fahamlah orang yang sarkastik tak bertempat ni. Dia macam suka pulak saudara se-Islam dia terus buat perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. 

Bagi aku kan, tak kisah lah kawan tu baru nak mula time bulan Ramadhan ke apa, asalkan dia ada niat yang baik nak berubah dan ada usaha ke arahnya. Kalau lepas habis Ramadhan dia nak buat perangai lama, itu antara dia dengan Tuhanlah. Sekurang-kurangnya kau patut bersyukur kawan kau cuba untuk melaksanakan perintah Allah di bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Aku rasa semua orang pun tahu time bulan Ramadhan ni syaitan diikat. Jadi logik tak kalau tiba-tiba semua orang nak berbuat baik pada bulan Ramadhan sebab kurangnya godaan dari para syaitan laknat ni? Pernah tak terfikir macam tu??

Aku tak kisah pun kalau orang nak cakap "Eh bajet ustazah oh minah ni, tiba-tiba nak ceramah orang!" tapi aku nak jugak tolong sampaikan kebaikan. Aku nak jugak pahala. Aku nak jugak ubah diri aku sebab memang aku sedar aku tak bagus mana pun. Kau nak cakap apa-apa suka hati lah, itu antara kau dengan Allah S.W.T. Aku tak dengar apa-apa pun.

Assalamualaikum.

No comments: