29.6.11

Seis

Run baby run, don't ever look back
They'll tear us apart if you give them the chance
Don't sell your heart don't say
We're not meant to be
Run baby run, forever will be
You and me

Aku rasa We The Kings punya Check Yes Juliet dengan Taylor Swift punya Love story ada kena mengena. Literally memanglah lagu tu pasal kisah cinta Romeo dan Juliet. Yang ketara We The Kings punya versi Romeo manakala Taylor Swift punya versi Juliet. Tapi bila aku dengar part verse lagu Check Yes Juliet ni dimainkan dalam versi piano, macam seakan-akan sama pulak dengan chorus lagu Love Story. Ke aku sorang je baru perasan ni? Memang diorang dah pakat macam tu ek? Cool pulak ada lagu sambung-sambung ni. 

28.6.11

Cinco

 

Kenapa? Ahaaa, gambar kat atas ni jugak lah sebabnya. Tadi aku ekceli tengah berusaha menghasilkan satu banner "quote picture" instead of warning sign di atas. Sekali lain yang aku buat, lain yang aku save -____________-". Fffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Daripada aku dok bengang lama-lama, baik aku salurkan kemarahan melalui design photoshop buatan sendiri. Hasilnya, nah banner yang penuh berapi dan berdarah-darah kahkahkah. Itulah, sampai Photoshop pun dah enggan bekejasama dengan aku. Takpelah. Lainkali jelah update. Kthxbai~


p/s: And apahal semua benda taknak bekerjasama dengan aku harini???! Wth wth wth wth.

27.6.11

Contest Design T-Shirt Empayar Bintang Tiga

Entri Khas: Contest Design T-Shirt (REDO)


Aku tahu haritu aku dah hantar penyertaan untuk contest ni. Tapi nampaknya ada kesilapan dalam design aku. Aku tak perasan langsung yang blog Empayar Bintang Tiga dah pun ber dot com! Jadi URL yang aku letak kat T-Shirt tu salah sama sekali :(

Jadi untuk menebus kesalahan aku, aku buat satu lagi design baru. Kali ni aku harap takde kesilapan lagi, hehehe.


Sesiapa nak join contest ni, bolehlah pergi menjenguk ke website EMPAYAR BINTANG TIGA. Sekian terima kasih ^_^!

26.6.11

Contest Banner/Header Saya Cantik

Entri Khas: Contest Header Saya Cantik.



Contest lagi. Ahaha okay. Sekarang aku kena terangkan maksud benda-benda yang ada dalam header aku ni. Tapi aku rasa aku dah pun explain pada post yang pertama dan yang kedua. Tapi disebabkan syarat pertandingan memang kena explain, apa salahnya explain sekali lagi kan? Ehe.

Tiqcakap : Selain dari nama blog, Tiq tu adalah singkatan dari nama aku Nurul Atiqah. Tiqcakap bererti aku yang tengah meluahkan isi hati dan perasaan. Yelah, orang bercakap memanglah luahkan apa yang terlintas di fikiran dan terbuku di kalbu kan? Ehe. So blog ini adalah tempat aku menyuarakan buah fikiran dan isi hati aku. Sebabtu nama dia Tiqcakap :)

Warna merah, kuning, biru, hijau, hitam dan putih : Adalah warna-warna yang terdapat di dalam header aku. Pertama sekali, aku suka angry birds. Kalau awak semua perasan, warna-warna tema dalam header dan blog aku di ambil dari warna-warna characters dalam Angry Birds. Weeee! Hehe :D .. 

Watak-watak dalam Angry Birds : Memang kena ulang lagi sekali ke? Ehe baiklah, aku suka Angry Birds. Minat sangat main game Angry Birds dan tonton video-video pendek Angry Birds di Youtube. Kerana mereka sangat comel!! Seperti yang semua tahu, Angry Birds ni musuh ketat mereka merupakan babi berwarna hijau yang suka curi telur mereka. Jadi dalam header atas ni, aku gambarkan macam tulah. Dan kononnya babi hijau tu macam dengki dia siap bawak pelekat kecik yang bertulis "This is not the official Angry Birds website" lalu tampal di atas header aku ni. Cis kau babi hijau! Ahaha :P

Begitulah hendaknya sedikit sebanyak tentang header blog aku ni. Kalau anda nak masuk contest ni, sila ke blog ADAMAINAA okay? Sekian terima kasih :)

Cuatro


Cuba tengok dua poster sinetron kat atas ni. Agak-agak korang kenapa aku letak dua poster cerita Indonesia ni?

Okey, mula-mula sekali, dua-dua cerita ni diterbitkan oleh MD Entertainment. Lepastu kalau perasan tajuk dia seakan-akan sama, cuma tukar nama wanita je (heh!). Dan yang paling obvious, hero cerita ataupun watak lelaki utama dalam cerita ni. Randy Pangalila.


Aku tak rajin tengok cerita-cerita sinetron ni. Tapi aku tahu tentang kewujudan cerita-cerita di atas sebab adik aku rajin sangat bukak. Aku tengok skip-skip, tapi boleh lah faham sikit-sikit. Tapi tak tahulah pulak kan kalau rumusan aku ada yang salah ehe :P. 

Jalan cerita sinetron bagi aku lebih kurang je. Paling kurang mesti ada cinta terhalang antara hero dan heroin. Lepastu mesti ada keluarga yang terpisah; mak terpisah dari anak selama betahun-tahun pastu jumpa semula, anak terpisah dari bapak. Paling tak pun mesti ada yang hilang ingatan. 

Kalau persamaan antara dua sinetron yang disiarkan dalam satu saluran yang sama, dan yang satu tu menggantikan yang lagi satu, aku rasa boleh naik muak lah penonton kat Malaysia ni. Tak tahulah pulak kan, tapi aku rasa muak jugaklah. Sebab dalam dua-dua cerita kat atas ni, pelakon lelaki utamanya ada terlanjur dengan sorang perempuan sampai melahirkan anak. Wth?

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, aku nak cerita yang lebih mencabar minda dan ego aku selain daripada tak cliche. Aku tak suka tengok TV pun sebab cerita-cerita Indon yang dah terlalu banyak sekarang. Semacam ada perasaan benci terhadap TV. Boleh tak wahai big bos Astro, dan Media Prima?

25.6.11

Contest Design T-Shirt Empayar Bintang Tiga

Entri khas: Contest design T-Shirt


Ya, macam yang sedia tertulis dan tersurat, aku join contest design T-Shirt yang dianjurkan oleh blog Empayar Bintang Tiga. Aku memang rajin singgah belog tersebut, sebab ia menarik dan tutorial untuk mengedit belog yang disertakan sangat mudah difahami. 

Tanpa melengahkan masa, kita persilakan design yang pertama. Oh ya, aku ada buat dua design, harap jangan marah lah ya? Hihi. Simple je sebab dah lewat malam ketika aku mula kerja mendesign dan mata pun dah layu. 

 DEPAN

 BELAKANG



Design kedua----->>

 DEPAN

 BELAKANG


Sekian terima kasih ^_^ !

24.6.11

Trez

Seharian menggodek belog.


Masuk hari ni, sebenarnya dah tiga-harian aku mengadap laptop aku ni, mengedit-edit html layout belog, design header kat Photoshop, carik tutorial-tutorial berguna untuk tambah 'spice' dalam belog. Sampai masuk angin perut mengabaikan waktu makan. Haishh..

Itulah kalau dah banyak sangat masa terluang. Aku berblogging pun dah nak masuk tiga tahun. Sekurang-kurangnya nampaklah hasil aku duduk berblogging dalam jangka masa tiga tahun ni. Takdelah nampak macam aku berblogging kosong, merepek bukan-bukan sepanjang masa. Kalau dulu nak edit layout, tengok tutorial pun belum tentu menjadi. Sekarang tak tengok tutorial pun aku dah boleh faham sikit-sikit function benda merepek-repek dalam HTML tu. Tapi serious, sakit hati jugak buat benda-benda ni ohh.

Hasilnya, dua blog setengah aku berjaya siapkan sepanjang durasi tersebut. Yang setengah tu sebab ada satu blog masih dalam proses pengubahsuaian. Perghh 5 minit cari ayat pengubahsuaian tu. Lama sangat belajar TESL lah konon. Blog jual beli emas Emak pun aku dah ubahsuai. Dia nak belanja topup RM10 katanya, hasil usaha aku tu. Tapi aku gurau je waktu aku mintak upah dekat dia. Takkan dengan mak sendiri pun nak berkira kan? Ehe. 

Pergilah jenguk kalau rajin ek? goldemporium.blogspot.com 

Nama tu aku saja letak macam tu. Tak boleh blah kan? Haha. Lepasni aku ingat nak buat bisnes jugaklah. Sakit jugak hidup takde duit ni. Aku nak ambil upah edit blog orang, boleh? Hahahaha. Kalau ada orang naklah, aku tak keberatan. Tapi tengok jugak lah masa dan mood aku. Aku ni kerja ikut mood. Ni sebab mood terlebih lah jadi semua benda-benda ni.

Banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil apa-apa langkah.

23.6.11

Dos

Kenapa Angry Birds?


Sebab utama adalah kerana mereka comel. Suara diorang pon comel, lagi-lagi waktu kena tembak dengan lastik gergasi tu, they go "Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!". Kelakar :D.

Satu perkara tentang Angry Birds ni adalah, diorang pantang betul kalau ada siapa-siapa cuba sentuh atau apa-apakan telur diorang. Over protective gila diorang ni. Terjentik sikit pun, diorang marah macam kau baru lepas rebus telur diorang tu pastu buat bunga telur kat kenduri kahwin. Secara serius :O !


Sebab itulah diorang ni Angry Birds. Heh. 


Aku jujur lah, kadang-kadang aku pun macam ni jugak. Pantang di'jentik', melenting tak tentu hala. Sifat yang tak bagus tak baik diamalkan. Sabar separuh daripada iman. Kalau perasan, pepatah yang aku sertakan dalam entri pertama ada kena-mengena jugak dengan apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Hehe. Marah-marah sangat pun tak boleh, takut keluar game baru pulak nanti; Angry Tiq. Kehkeh. Sekian terima kasih ^_^!


P/s: Main game ni pon boleh tahan bengang jugak kan? Puas PC tu kena maki sebelum aku berjaya dapat 3 bintang. Haishh...

22.6.11

Uno

Mari kita mula dari awal.
URL baru, header baru, layout belog baru, nama belog baru, tuan punya sahaja yang masih sama. Cuma mungkin sudah berubah sedikit? Siapa tahu kan, ehe. Ya, aku telah mendelete kesemua 283 entri-entri yang lalu *nangis* T_T. Kali ni kita akan lebih serius. Muahahaha habislah korang.

Tapi, disebabkan ini adalah permulaan, mari kita tidak terlalu lurus menuju ke titik (direct translation bagi straight to the point -,-). Mari bersuka ria dahulu yeay! 

Kenapa Tiqcakap??

Dekat fakulti Pendidikan TESL, kawan-kawan memanggil aku dengan panggilan Tiq. Asal-usul panggilan ni datang dari si budak comel ni hah, Didi Asbullah. Dialah yang mula-mula memanggil aku Tiq. Tapi masatu, ejaan dia bukan T.I.Q = Tiq. Ejaan manja dia adalah Th!ck. Manja tak? Hihhii.

Tapi, bila semua orang dah mula memanggil aku dengan panggilan tu, takkan aku nak bagitau semua orang bahawa ejaan nya adalah Th!ck kan? Nanti pasti mereka akan hairan, mengapa Th!ck?? Nanti cerita jadi panjang pulak, jadi aku pun ringkaskan supaya semua orang mudah nak eja bila taip sms dan takdelah bazir huruf kan. Sebab secara jujur, aku pun taktau kenapa Th!ck. Nak kata fizikal aku ni nampak thick/tebal/gemuk, nampak benar menipunyaa -__-". Aku pun tak pernah tanya Didi kenapa Th!ck. Jadi aku anggap, itu adalah ejaan manja bagi Tiq laahh tuuu ;P

Jadi, Tiqcakap tu maksud dia lebih kurang macam kata-kata atau buah fikiran aku lah. Tulisan aku mewakili percakapan aku. Mudah je, kan? Itu je untuk hari ni, sekian terima kasih!