10.8.11

Veinticinco: Kehabisan Idea


Bila aku kehabisan idea, itu tandanya aku sedang dalam peringkat yang tak stabil dan kebarangkalian untuk merepek tu tinggi. Aku bercadang nak ubahsuai belog (lagi) tapi mood tu takde. Petang tadi aku baru buat kek resipi sendiri yang aku pun taktau sedap ke tak. Mak dan adik aku cakap sedap. Adik aku sampai jilat pinggan (hiperbola tapi lebih kuranglah haha). Tapi bila aku rasa, macam terlampau manis pulak macam Hanismanis. Ke lidah aku yang tak betul ni? Nak upload gambar tapi malas. Nantilah upload. 

Oh cuti 4 bulan ni sebenarnya telah memperkenalkan aku kepada satu bahagian diri aku yang aku belum terokai. Aku suka membakar. I mean, baking, tapi dalam bahasa Melayu tak tahu apa istilah yang sesuai. Buat kek eh? Tapi aku bukan suka buat kek je, aku suka buat cupcake dan bancuh-membancuh tepung sampai jadi sesuatu yang boleh dimakan dan berperisa. 

Aku kurang gemar menjahit sebab boleh membuat aku stress. Walaubagaimanapun, aku telah berjaya menyiapkan bahagian baju mini kurung aku yang pertama petang tadi. Bahagian kain tak belajar lagi, hujung minggu ni baru belajar. Mini kurung tu sebenarnya baju kurung moden nama lainnya. 

Lepastu tadi aku membuat cubaan merakam cover song aku sendiri HAHAHA (meh tolong gelak ramai-ramai), tapi mikrofon macam cimbong jadi aku putus asa. Dulu aku pernah rakam suara sendiri yang tak sedap macam Siti Nurhaliza pun, tapi aku dah delete. Dulu aku post benda tu kat belog yang lama, tapi belog tu pon dah delete. Dulu aku upload kat 4shared (masyaAllah) tapi dah inactive maka dia delete secara sendiri. Jadi dah takde dah cover song sendiri yang pertama. 

Aku rasa macam manusia tamak pulak. Semua benda nak buat. Tapi betullah, orang cakap perempuan ni lebih mudah multitasking berbanding lelaki. Aku ni tengah multitasking lah ni. Haha. 

Lepasni nak belajar cara-cara takluk dunia lah *sambil buat muka jahat* 


No comments: