18.7.11

Trece: The End

*Please play the video and listen while reading this post*


I adore people with great talents. Mereka memang hebat lah. Sebab mereka boleh buat apa yang orang lain tak boleh buat. Walaupun tak sehebat orang yang lebih otai dan mempunyai nama gah seluruh dunia, tapi kita tak perlu jadi ternama untuk jadi yang terbaik. Kita tak perlu diiktiraf kalau kita suka apa yang kita buat. Dan orang yang duduk condemn orang tu, kau hebat sangat ke? Kau boleh buat apa yang "people with great talents" ni boleh buat? MAMPU??

Mamat dalam video atas ni, dia buat arrangement dia sendiri dan mainkan lagu Kisah Dongeng oleh Stacy versi instrumental. And instrumental music, which I have to say, is my weak spot. Dia macam api kena simbah dengan air batu. Macam orang dahaga dapat air sejuk. Perasaan dia macam tulah. Perasaan paling nyaman di dunia. Aku tau separuh orang tak suka lagu yang tak berlirik, I mean dia nak dengar lagu yang ada suara orang nyanyi bersama je. Itu hak masing-masing lah. Aku tak kisah pun. Aku tak rasa pun orang macam tu tak appreciate music. Manusia cita rasa masing-masing kan.

Back to the above video (jauh pulak melalut), pendek cerita aku minat muzik mamat ni. Tapi aku tak minat kuku dia O.O .. Bapak panjang weyhh! Kalau kau main gitar kuku panjang macam tu aku percaya lagi. Itupun selalu pemain gitar dia bela at least kuku ibu jari je. Tak rasa susah ke main keyboard kuku panjang macam tu? Hahahaha bising pulak aku ni. Almaklum bakal cikgu :P 

NI YANG PALING PENTING!

Tadi pergi Midvalley menonton wayang bersama sahabat lama yang LAMA GILA BERTAHUN-TAHUN TAK JUMPA and tengok cerita yang menjadi kegilaan majority people on earth END. Yes. We watched Harry Potter, which finally.. absolutely.. ended. Aku dah lama tak fanatic terhadap Harry Potter sejak habis PMR dan sejak kenal erti cinta *ehem*. Tapi bila tengok ia habis macam ni, rasa nostalgic pulak. Tengok dengan sahabat yang sama-sama bercerita dan berangan sama-sama dengan aku waktu zaman kecik-kecik sekolah rendah dulu pulak tu! Gila sedih :'(

This is to Nell and Hanisah: Aku ingat lagi dulu kita berangan sama-sama waktu darjah lima ke enam entah, we shared a story at my home. And in that little story of ours that never ended, we met with the three famous guys from Harry Potter, which is Harry Potter himself, Ron Weasley and Draco Malfoy. Nell, dulu kau suka gila Rupert Grint kan? Sekarang kau minat lagi tak dia? Hahaha. Dalam "kisah dongeng" kita tu, kau dapat bercinta dengan Rupert Grint kau kan? Hanisah kau pulak dengan Harry Potter ataupun Danial Radcliffe manakala aku dapat si Draco Malfoy yang sampai sekarang pun aku tak tahu nama sebenar pelakon dia hahahaha. Tapi of course lah, dalam "kisah dongeng" kita tu Draco Malfoy watak yang baik dan penyayang kahkahkah. Ingat lagi tak? Tolong lah ingat, kelakar gila :D Rindu gila zaman tu. Bila nak dapat jumpa lagi sama-sama, just the three of us...

3 comments:

Hanisah said...

hahaha...komfirm ak igt lg!!! ak ni kn pakar dlm brangan2 nie...hehhe...tw x per...giler rndu kt korang...huhu...tp bestla korg dpt jumpa slalu2 nnti...yelah dpt uitm samer kn...ak jer tcampak kt tganu...(tp ad hikmah jgk en ak tcampak c2??hehe...;D)


p/s: darjah 6 lah...n draco namernyer tom felton~~~hehe..

Nell said...

Jelesssss lah kan! Korang dah jumpa dulu, huk2.
Tiq, till now kan I still use the same email yg I buat masa darjah lima, kan ada worg 'grint' kat email tu, so definitely sampai sekarang tersangatlah ingat cerita zaman sekolah rendah dulu :') And yeah, once en awhile especially kalau beli Galaxie atau Lime, ada news pasal Rupert je mesti tertarik nak baca.. Rindu gila zaman fanatik HP dulu, sampai berangan nak blaja kat Hogwarts -_-"

Oh btw, in case kalau u tak amik tau lagi nama sebenar Draco Malfoy, nama dia Thomas Andrew "Tom" Felton, kekekeke ;P

Tiq Hashim said...

Hahaha gila noob I ni tak tau nama sebenar Draco Malfoy. Hahaha :D Lupalah, dulu korang pernah bgtau kan. Rindu wehhh nak kumpul kita bertiga. huhuhuhu. Really miss the good old days.