12.7.11

Field Experience Journal #4

Day 7 !!!!
Jadi, pejam celik pecam jelik dah pun hari ke tujuh. Eh?? Ayat macam pelik. Abaikan.
Jadi, rasa dah bagus sekarang? Rasa dah hebat? Hahahaha apa aku merepek ni.

Maaflah ya kalau bersikap pelik harini dan kalau banyak typo error. Semalam Hawa Power yang power berjaya install game The Sims 3 World Adventures *nada dengki sambil tumbuk-tumbuk tapak tangan*. Dan harini puasa ganti ada lagi tujuh hari kena bayar. Ni memang kaw kaw kena ganti sebab bulan depan dah bulan Ramadhan :S errr...

Aku banyak betul skip tarikh FE aku. Macam ni lah aku. Kalau tulis diari pun tak pernah konsisten, tulis blog tak pernah konsisten, buat assignment tak pernah konsisten, semua perkara tak boleh konsisten. Dasar manusia hampeh. Aku rasa aku ada Acute Inconsistency Disorder. Aku main reka je nama penyakit ni, tapi kalau akronimkn dah jadi AID. Takut tak kawan awak ada penyakit AID? Hahahahaha. 

Minggu ni hari bergerak perlahan. 15 minit terasa bagai 15 jam. Sebab aku dan Adila dah selesai keempat-empat class observation (actually dah 10 observation dah pun haha), jadi minggu ni kitorang taknak susah payh masuk mana-mana kelas lagi. Kitorang cuma interview orang-orang penting dan fotostat apa-apa yang perlu. Selain dari tu kami cuma duduk dalam bilik guru tanpa apa-apa aktiviti berfaedah. Aku cuba-cuba jugak nak siapkan ROS report tapi ada lagi bahan yang takde.

Akhirnya, nak tau apa yang kitorang buat? Kitorang main word games. Kitorang main Boggle, Word Scramble dan finally, ABC berantai -,-"

Cuba baca hasil kepada ABC berantai kitorang ni. Ada nama-nama orang-orang feymes dan mereka terlibat dengan macam-macam perkara aneh hahahaha.

Oh, and yes, kitorang memang suka bagi operasi yang hebat-hebat kat Najib. Hahahaha

No comments: