5.7.11

Field Experience Journal #2

Day 2
Berlalu sudah hari kedua. Hari yang sangat panjang dan bosan. Hampir tertidur waktu observe kelas tadi -,-" huhu. Harini observe satu kelas je, jadi Puan Sibyl pun bagi kami kerja: tolong tanda latihan anak-anak murid beliau. Ehe.

Pukul 10 macam tu, sebelum rehat kedua, aku dan Adilah pergi lunch. Dekat kantin je pun, tapi makanan cikgu sedap-sedap rupanya kan? Kantin sekolah Sri Aman ni macam-macam makanan ada. Sushi pun ada jual wahwahwah makanan kesukaan tapi saya tak berani nak beli takut orang cakap saya batak pula ahaha =,=.

Pukul 11 a.m baru Pn Sibyl ada kelas dengan budak-budak 4 Sains Bakti. Waaaaa so mengantuk maaa! Lepas kelas tu, aku dan Adilah pergi ronda-ronda kawasan sekolah, ambil gambar bilik-bilik khas dan taman kura-kura yang cantik. Dan lepastu kembali ke bilik guru.

Bilik guru tu heaven sebab ada aircond, tapi aku rasa itulah tempat paling bosan di dunia. Kalau ada benda lain nak buat it would be my greatest pleasure! Sepanjang masa dalam bilik guru tu, aku buat-buat busy cuba buat draf ROS report dan fikir apa nak buat untuk hari Khamis.

Oh ya!! Speaking of which, hari Khamis Pn Sibyl takde, jadi aku dan Adilah kena take turns ganti kelas dia. Teaching time!!! Hahaha apa benda laa nak teach. Aku rasa nak bagi aktiviti menyeronokkan je kat bebudak tu. Diorang pun bukan nak sangat belajar kan? Ahaha :P

Itu je kot harini. Esok baru stayback sampai petang untuk tengok Taekwando kids practice. Yeah, until then peeps.

1 comment:

Anonymous said...

Apasal beli sushi batak lak? Lagi dia suka ada orang beli, ehehe.

Mengajar? Haha kalau susah sangat main spelling-bee pun bolehhh (eh tu macam sekolah rendah? -_-")

Cikgu ROS kat sekolah I thn lepas time relief kelas diorang bukan ajar pun, banyak ajak sembang buy yeah, teacher English tu ada ajar sikit! Not exactly ajar lah, dia bagi riddles. I think it suits utk high school students kot? huhu