4.7.11

Field Experience Journal #1

Day 1

Pukul 5.30 pagi jam loceng kejutkan aku. Inilah paling awal pernah aku bangun untuk memulakan hari selain ketika kem kepimpinan ketika zaman sekolah dahulu kala, terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk qiyamullail segala bagai. Serious, ini paling awal.

Mandi, solat, bersiap pakai baju kurung dan lilit selendang hitam legam, tak perlu make-up over sangat sekadar celak ikut sunnah nabi lah katakan (cewahh), tengok jam dah 6.15. Dammit tak sempat breakfast! Capai beg dan sarung kasut, abah hantarkan ke rumah Farihah (take note of this name).

Apparently, because I had no other choice of transportation that could take me to SM (P) SRI AMAN, PETALING JAYA on time, I had to hitch a hike with her. Yes, Farihah. Dia merupakan pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah tersebut. Dia merupakan kawan adik aku, Apid. Dulu mereka sekelas, tapi Farihah pindah ke sekolah Sri Aman ketika form 4. Ke form 3 ntah? Kebetulan, abang Farihah dulu kawan sekelas aku jugak, whom I have known since my primary school years. Kesimpulannya, aku kenal sangatlah dengan keluarga Farihah ni. Maka, bersyukurlah aku dapat rahmat dari Tuhan kerana tak perlu naik komuter pagi-pagi untuk ke KL Sentral kemudian ambil LRT putra ke Petaling Jaya. Thank you, God.

Hari pertama merasai pengalaman sebagai seorang guru, rasa sangat janggal. Dulu-dulu time assembly aku lah antara ratusan pelajar yang beratur dalam barisan (tapi tipu jugak aku dulu pengawas mana beratur dalam barisan kehkeh), dan cikgu-cikgu duduk sebaris di hadapan menghadap semua para pelajar. Hari ini, aku lah antara barisan para guru tersebut yang melihat ke mata-mata setiap anak murid yang hampir kesemuanya tak suka hari Isnin (I'm very sure of this). Hahaha.

Sri Aman is an all girls school. It's also a cluster school. Sekolah ni taklah menarik mana, tapi hampir semua kemudahan ada. Cikgu-cikgu pun baik dan peramah, tak lokek bertegur sapa. My mentor throughout these two weeks will be Pn Sibyl Su. A very energetic and interesting Chinese woman who is also the Ketua Panitia Bahasa Inggeris. However, she challenged me and Adilah to take charge of one class next week, jadi kena jugak mengajar wuwuwuwu -___-"

Oh ya, dan banyak jugak belajar tentang sistem sekolah ni tadi. Walaupun harini berjalan agak perlahan, tapi kami sempat jugak observe dua kelas; satu kelas form 5 dan satu kelas form 2. Yang bagusnya about this school is majority of the students bertutur dalam Bahasa Inggeris sesama mereka dalam perbualan harian, not just in class! Jadi takde masalah bagi aku kalau nak mengajar minggu depan sebab tak perlu risau pelajar yang kurang faham akan ketinggalan or something like that. 

Itu je kot, buat masa ni. Harap esok lebih banyak perkara menarik untuk dialami!

3 comments:

Nell said...

Wahhh Teacher! Cool lah!
Eh, sekolah tu u yang pilih sendiri utk FE ke apa? Good for u ada transport utk pergi :)
Goodluck utk sepanjang 2 minggu kat sana Tiq!

nurulatiqah said...

Kalau I yg pilih sekolah of course I dah pilih yg dekat! takde nya i nak mengada carik sekolah jauh2 menyusahkan diri, huhu-,-. UiTM lah yg assign i suruh pergi sekolah tu.
thanks Nell :) I pun harap semuanya berjalan lancar n I dpt take over class mentor i dgn berjaya :D

farafiqa said...

hai cikgu :) woohh hebat woohh jadi cikgu woohh.. bangge saye kazen saye dah tua. sobss sobss