22.7.11

Diecisies: Kerja Tiq Sekarang?

Dah berhari-hari duduk berfikir tentang keputusan yang aku nak buat ni. Entah kenapa, padahal bukan susah sangat pun. Tak perlu keluarkan keringat pun nak taip satu post yang simple. Kan? Cehh. Tapi perasaan ragu-ragu ni terlalu kuat.

Sebenarnya aku lebih kurang cam terdesak jugaklah. Aku kan sekarang penanam anggur sepenuh masa sementara nak tunggu 12hb September. Penanam anggur tak bergaji. Dan situasi sekarang makin mendesak aku pulak. Haihh... Serious aku agak keliru sejak kebelakangan ni. Which explains the sudden decision to take sewing class and all. 

Dayyum, susah nya nak bagitahu satu perkara yang simple T_T

Tak tahu tak harini aku cuba distract diri aku dari mendekati lappy dan secara tidak langsung dari internet juga dengan menonton marathon Boys Over Flowers? Pagi-pagi aku dah berperang dengan diri sendiri, nak buat yang mana and yang mana lebih bagus, sampailah mak aku ajak temankan pergi kedai. Sepanjang perjalanan berjalan kaki pergi dan balik dari kedai, banyak lah masa nak fikir kehkeh. So finally, aku tetap dengan pendirian nak tengok BOF tanpa henti. Tak, aku tak tengok dekat lappy. Kat PC pun tak. Aku pasang dekat DVD Player dekat TV, ambek kau. Habis satu rumah pun terpaksa tengok dengan aku hahaha. Taknak dekat dengan lappy punya pasal. 

Tapi akhirnya, bila satu rumah muak tengok BOF tanpa henti (termasuklah aku), pukul 5 lebih tadi kitorang berhenti untuk buat perkara yang patut. AND LEPASTU TEWAS DENGAN DIRI SENDIRI JADI SEKARANG SUDAH BERADA DI DEPAN LAPPY LAGI :\ 

Oh, jadi sebenarnya aku nak bagitahu. Aku sekarang nak buat kerja secara online. Tak tahulah ada yang berminat atau tak. Ini khas untuk para blogger terhormat sekalian. Aku nak buatkan header atau layout blog korang dengan bayaran. Aku tahu aku tak hebat mana and aku tahu ramai orang ragu-ragu dengan kredibiliti aku dan keupayaan aku (tengok belum apa-apa dah berfikiran negatif), tapi aku sekarang manusia tak beruang berwang. So aku nak carilah sumber pendapatan dengan benda yang aku boleh buat dan paling penting ia halal. Kalau nak tau apa yang aku buat sekarang, pergi blog kembar Tiqcakap ni >>


Kalau berminat sila ke sana dengan segala hormatnya sekian terima kasih >.<


No comments: