7.7.11

Field Experience Journal #3

Day 4
Yes, I know I skipped day 3. But I'm not gonna go and make one. What has passed is passed. But I will summarise about yesterday a little in here.

Semalam I call you, you tak answer~ llaalala hahaha takdelah gurau je :P

Semalam hari yang agak perlahan (hari-hari pun agak perlahan nampak sangat tak bersedia jadi cikgu lagi). Takde banyak kelas untuk di observe. Dua kelas je, itupun satu kelas tu Pn Sibyl tak mengajar pun. Sebaliknya beliau latih anak murid beliau untuk pertandingan Choral Speaking di Subang Parade. Dulu akulah yang dok tamak join benda-benda tu, sekarang aku yang jadi tukang tengok je. 

Selepas tamat sesi persekolahan ada meeting perkembangan staf. Tapi aku stay sampai pukul 3.15 je sebab kasihan pulak Farihah nak tunggu lama-lama. Lagipun ayah Farihah tak dapat jemput kami pulang semalam jadi kami berdua balik naik LRT dan Komuter.

Harini dapat observe 3 kelas. Tapi still, banyak masa dihabiskan dekat bilik guru. Duduk melangut tengok cikgu-cikgu lain sibuk buat kerja. Aku dengan Adilah je kot yang ada segala masa di dunia perguruan hahaha. Pukul 9.30 pergi kantin untuk brunch. Food is awesome as usual! 

Lepastu setelah benar-benar tak tahu apa nak buat selain berangan, aku sambung lukis portrait adik aku Wani yang aku lukis ketika cuti bulan lepas. Kebetulan pulak sebelah meja aku tu cikgu seni, dia tegur lah aku sambil komen-komen lukisan murid-murid beliau. Katanya, dia sebagai cikgu seni pun tak hebat melukis macam aku. Tapi bagi aku, sekurang-kurangnya beliau guru seni dan ada ilmu tentang seni. Macam aku ni? Main tibai je ikut sukahati. Bila lawan pengetahuan dengan cikgu seni tu nanti kalah jugak aku. Kan?

Anyway, aku rasa cikgu-cikgu dekat sekolah tu betul-betul punya sense of humor yang tinggi. Gelak sepanjang masa walaupun tengah busy. Dasar cikgu. Memang patutlah budak-budak TESL perangai havoc tak ingat!


tiqcakap: Maaf semalam tak update journal hari ketiga. Terlalu letih akibat pulang menaiki kenderaan awam.

No comments: