3.4.12

Saya nak kahwin dengan awak please?

Sebab sebelum pukul 12 malam tadi adalah birthday kawan aku yang ke 21, maka semua orang buat-buat sembang pasal perkara serious. Termasuklah bab kahwin kahwin. Tau tak umur 21 tu adalah umur legal untuk kahwin? Okay lah, sebenarnya asalkan kau dah baligh je maka dah legal untuk kahwin. Tapi bagi budaya masyarakat Malaysia ni, selagi tak habis sekolah sepatutnya tak payah lah kahwin dulu. Susahkan ramai orang. Unless yang sekolah tu adalah si perempuan dan dia kahwin dengan lelaki yang kaya raya maka takpelah.

Bila dengar ada kawan-kawan yang dah plan nak tunang, ada yang dah kahwin dah beranak pinak dah pun, ada yang mak dia dah suruh kahwin sekarang, aku jadi cuak pulak. Taktaulah apa nak dicuakkan sebenarnya sebab bukannya ada boyfriend pun. Tapi bila kau takde boyfriend tu lagilah patut cuak sebenarnya. Nanti bila kawan-kawan semua dah kahwin kau tinggal sorang anak dara tua. Na'uzubillah jangan lah jadi macam tu, tapi tu contoh.

Bagi aku, umur 23 tu mesti makcik-makcik dah start tanya-tanya bila nak kahwin, dah ada calon ke belum. Tapi dua tahun lepas pun dah ada makcik-makcik tanya aku dah ada calon ke belum jadi aku tak boleh bayang zombie apocalypse jenis apa yang akan melanda diri aku sebaik umur meningkat 23 ke atas nanti. Dulu bolehlah senyum-senyum je sebagai jawapan sebab dulu ada boyfriend. Sekarang? Nak senyum hambar jelah LOL.

Aku tulis ni bukan sebab aku desperate nak cari boyfriend sekarang. In fact aku tak nak cari pun and tak mengharap untuk terlibat dalam relationship serious untuk jangka masa yang panjang. Ada sebab kenapa aku tekankan umur 23 dalam perenggan di atas. 

Motif post ini adalah sebab ini post yang ke 160 acewwahhh haha random je bubuh alasan. Motif post ni sebenarnya sebab rasa diri ni dah tua. Tiba-tiba cari jodoh tu dah termasuk dalam senarai life priorities padahal rasa macam baru semalam kena marah dengan abah sebab kantoi ada boyfriend time sekolah LOLOLOL. Kbai

2 comments:

RajaEmma said...

masok je 20 sure la makcik2 sibuk tanye kn...=P

Syarafi[skyforce331] said...

wwaahh...umur fi 19 so lambat agy..hehe kih3