8.4.12

Party Pooper

Harini hari Sabtu. Dan cuba teka aku dekat mana sekarang? Dekat Jalan Jelawat!

Eh kejap, apa pulaknya Sabtu. Dah pukul 2.21 pagi dah pun. Maka dah Ahad lah ni.

Apa yang peliknya tentang situasi di atas? Eh haruslah pelik. Selalunya weekends aku dekat rumah ibu bapa. 


Tu lah keadaan terkini di rumah ibu bapa sekarang. Baju putih pegang tukul tu pekerja indon tukang pecah-pecah dinding rumah tu. Dia lah pekerja paling berdedikasi, sebab tu mak aku ambik gambar dia sorang je LOL.

Tau tak apa itu 'party pooper'? Pentahi parti. Apa itu pentahi parti? Modul Kemahiran Insaniah itu pentahi parti. Okay tak. Modul Kemahiran Insaniah di hari Ahad itu pentahi parti. Lagi tahi bila hari ahad kena bangun awal dan laburkan sepanjang hari untuk satu benda tu je. Aku nyaris-nyaris emotional breakdown tadi. Well sebenarnya, dah emotional breakdown dah pun dalam kereta sewaktu nak bertolak kembali ke Jalan Jelawat. Tapi apakan daya, lara di jiwa tak siapa yang tahu. Tangisan yang mengalir tak siapa melihat acecewahh.

Mood kembali cerah apabila Lily muncul bersama lawak 'cekodok LOL' nya. WTH. Tak jadi nak beremo-emo lama-lama. Nasib baik kau comel nak mampus. 

At least aku masih ada masa nak berjaga malam tidur lewat untuk online dan blogging. 

Dan aku tetap aku. 

Pehh takde kaitan langsung. Nah gambar kanak-kanak kentang yang dilukis ketika terperangkap di dalam bilik adik pagi tadi, Terperangkap sebab rumah tengah huru-hara kena bom. 


Dah tak bogel dah. 

3 comments:

Fyfy Liew said...

hahaha ayat last lawak. "dah tak bogel dah"

Zinedine Zaiddin said...

hahahaha pentahi parti. kejadah!

saidatul syahirah bt mohd ya'acob said...

HAHAHAHA tolong lah jangan merepek alang :P