28.3.12

Bingkisan beracun

Melampau.

Mungkin kau mahu aku tepuk tangan ucap tahniah pada kau atas kejayaan kau membuktikan yang aku bukan siapa-siapa. Atau mungkin sebenarnya kau mahu aku terduduk pilu dengan rasa kalah yang ketara. Tapi aku tak rasa dua-dua. Aku cuma rasa kaku. Kebas. Kasihan.

Sebenarnya kau tak perlu buktikan aku apa-apa. Aku sudah jauh memecut tinggalkan kau di tebing gaung. Kalau kau jatuh menjerit meminta tolong pun barangkali tak kedengaran lagi. Mungkin aku sebenarnya sudah sampai ke negeri China. 

Sebenarnya sepanjang ketiadaan kau aku gembira. Dan aku telah nyatakan dengan jelas aku tak peduli apa-apa lagi tentang kau dan hidup kau dan keputusan kau. Kembalinya kau dengan aksi bodoh itu hanya menambah benci dalam hati aku. 

Semoga kau bahagia. 

Sebab aku dah lama bahagia tanpa kau.

1 comment:

Diriku said...

still tabah macam biasa. :)