19.5.13

Cerita kurang seronok dibaca

Saya bukan nak merengek/mengadu/mengeluh. Tapi sejak tahu sakit tekak ni bukan ulser tapi tonsilitis makin menjadi-jadi pula sakitnya. Memang langsung tak kelakar bila bangun untuk Subuh dan kau langsung tak mampu sujud dengan sempurna akibat sakit yang melampau di bahagian kerongkong. 

Dan sekarang puan ibu sibuk suruh buang tonsil buang tonsil. Sebab doktor cakap kalau taknak sakit selalu buang jelah. Itu bukan perkara yang menarik. Saya kurang gemar bahagian tubuh saya dibelah dengan benda tajam. Manakala nenek saya pesan suruh kumur air garam. Saya lebih rela itu dari yang tadi. 

Jadi mari berharap kali ni petua tok nenek lebih afdal berbanding pencapaian sains.

Sebenarnya bila menulis dalam bahasa melayu ni idea untuk merepek lagi kurang. Bukan sebab Bahasa Melayu saya teruk, tidak. Saya tak maksudkan itu. Malahan awak boleh tengok sendiri bagaimana 'puitis'nya saya munyusun kata. Oleh kerana puitisnya susunan kata-kata saya maka tidak ada ruang untuk omongan kosong. Cewah. Sebenarnya sebab tak jumpa perkataan sesuai untuk sampaikan mesej yang ingin disampaikan dalam BM.

Akhirnya saya penat fikir apa nak tulis je. Sebab saya rasa bila tulis dalam BM semua perkataan semacam lebih panjang dari biasa. 

Sekian. 


No comments: