5.9.11

A Letter To A Friend: Back To Campus

Sekarang musim kembali ke sekolah bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan yang sewaktu dengannya. Semua orang tengah dok pening nak settlekan borang pendaftaran segala bagai serta yuran jangan lupa dibayar ya anak-anak. Bagi yang ada assignment macam aku ni hah, sepatutnya dalam tempoh masa 4 bulan tu dah boleh siap kan? Tapi procrastinate punya pasal, haa memang tinggal seminggu ni kau baru nak siapkan (aku lah orang nya wuwuwu).

Aku tulis post ni sebab baca post kawan baik aku Nell The Future Journalist. Dia dapat masuk UiTM tempat tumpahnya ilmuku, dan aku tahu perasaan dia yang nervous serta cuak dengan pelbagai assumption serta prediction tentang tempat baru yang bakal dijejaki. 

Nell, haritu perbualan kita tergantung atas sebab yang tak dapat I elakkan dan I tak jelaskan serta tak mintak maaf pun kat u. Tapi I dah mintak maaf raya so kira halal lah kan hehehe :D 

U jangan risau, dulu I macam u jugak, dengar cerita-cerita orang macam-macam pasal tempat baru yang cukup asing bagi I ni. Dulu I ingat duduk hostel ni payah, I imagine macam-macam seperti terpaksa bangun awal pagi untuk mengelakkan dari terpaksa berebut bilik air dan I imagine tempat makan yang macam asrama sekolah. Macam-macam lah I bayangkan, tapi 50% je dari bayangan tu yang betul. Especially bab kena berebut bilik air tu haha :P

If u masih tak tahu, Kolej yang u akan duduki nanti memang sebijik macam asrama sekolah, except maybe smaller (yeah, sedih kan huhu). Tapi depends jugak bilik mana u dapat, sebab u nanti Kolej Melati mungkin tak sama dengan Kolej Mawar tempat I dulu. If u dapat bilik dua katil, seronoklah u. I dulu bilik 4 katil so tak banyak space. Loker yang disediakan pun kecik je, sebesar almari dua pintu tapi u punya loker nanti kira yang sebelah pintu je. Pintu lagi satu tu roommate lain u punya. I harap u dapat bayangkan lah sebab I explain secara rawak je hihi.

Legend:
Red rectangle : meja study
Blue rectangle: kerusi plastik
Grey rectangle: bed
Brown rectangle with crazy swirls: almari, which is the locker for all 4 of us.

Okay lah so I decided to sketch out the plan of my hostel room back when I was at Kolej Mawar. Macam ni lah rupa bilik I Nell. So that you boleh bayangkan lah sedikit sebanyak macam mana nanti.

Oh shit, ada tingkap I lupa nak lukis.

Anyway, bab makan u jangan risau, macam-macam ada kat Dataran Cendekia (short form DC) yang sekarang namanya dah ditukar kepada Student Mall (tak tahulah tang mana yang mall. Bumbung pun takde -__-"). Nanti u pergi je jenguk sendiri okay :D

Apa lagi? Oh pasal homesick tu, u jangan risau lah Nell. Semua orang pun homesick first time berjauhan dari keluarga. Even I yang rumah sejengkal je jarak dari UiTM tu sedih gila first few weeks masa asasi. Cuma I lupa I nangis ke tak. I rasa I tak nangis, hehe :3

Kalau u rasa tak prepared ke apa ke, nanti kat sini ada koperasi. Every kolej memang ada sediakan koperasi yang macam kedai runcit, where u can buy all your toiletries n stuff, so kalau lah u tetiba terlupa pape, nanti kat kolej u mesti ada jual :) Don't worry about preparations okay. U just sediakan je barang-barang keperluan u dulu.

I rasa ini je kot. I pun tak tau dah nak cerita apa sebab I menaip dengan perut yang lapar jadi tak boleh berfikir dengan tenang. Apa-apa nanti u just call I lah or text. Dah sampai Shah Alam make sure bagitahu ! wajib tau. And I nak bagitahu, I dah takde number u coz fon I rosak (lagi!) and I baru tukar fon baru. If u still simpan number I (sebab I masih guna number tu), misscall or text I boleh :D? Or PM me or Email me or anything lah. Asalkan senang nak contact-contact nanti k?

I reeaalllyyy gotta go! Lapar gila. Hugs and Kisses from your old best buddy, Nurul Atiqah. XOXO


1 comment:

Nell Mansor said...

OMG siap buat entri utk saya, haha terharulah T.T

sangat2 membantu ok, esp part almari tu. I went to pre-orientation at upm and the room was huge dan kita dapat the whole one almari utk kita sorang je. huhu thanks sgt3 utk gambaran kasar ni. apa2 hal u jadi guide I lah nanti..hehehe. InsyaAllah ada org macam u, taklah homesick sgt I kat sini ^^, thanks tiq!