10.9.11

Segmen: Gadget Dan Saya



Segmen ini dianjurkan oleh Adamainaa.com. Sila klik banner kalau anda baik hati dan nak join segmen ni :D

Aku ni bukanlah kaki gadget sangat, tapi kalau dapat dah tentu aku gembira. Ada lah jugak dalam hati tu simpan hajat nak memiliki beberapa gadget idaman, tapi target aku takdelah yang hebat gaban macam orang lain punya.

Samsung Galaxy Tab 10.1
SAMSUNG GALAXY TAB. Nak sebab nak main game Angry Birds kat sini, kihkih :P. Tapi belum mampu laa kan, mungkin 3 tahun lagi ikat perut baru dapat.


MousePen/PenTablet. Ni dari awal tahun haritu mengidam benda ni. Aku tak kisah pun apa-apa brand asalkan efisyen dan paling penting mampubeli. Tapi seperti biasa, duit tidak menyebelahi saya. Mungkin 3 tahun lagi sobsob.

SAMSUNG GALAXY SII haha! Ni angan-angan mat jenin je ni. Aku tak rasa aku perlu benda ni tapi alangkah indahnya duniawi kalau dapat kan wawawa :P Cool kan? Ni lah smart phone paling top sekarang, dengan latest features seperti Android 2.3 dan interface yang efisyen. Lupakan yang lain (pinjam tagline Daia)!

Tak elok berangan banyak sangat, okdahbye!

2 comments:

adamainaa.com said...

nak samsung galaxy SII tu jgk T.T

Tiq Hashim said...

Kalau beli ni memang tak makan sebulan lah lepastu huhu