10.9.11

Poket Doraemon

Orang selalu cakap, beg perempuan ni macam poket doraemon. Macam-macam ada. Aku tak nafikan benda tu, tapi salah ke kalau ada banyak benda dalam beg perempuan? Apa-apa hal tetibe kecemasan ke, takde kelam kabut sangat. Semua dah ada dalam poket doraemon si perempuan :D

Aku tergerak buat post macam ni sebab baca post pasal Segmen: What's In My Bag kat blog salah seorang ahli We Love Arts, Fyfy. Nah link sila tekan kalau baik.

Tapi aku taknak lah join segmen tu bukan sebab aku berlagak ke apa, tapi sebab tak tahu dah asal usul segmen tu dari mana jadi aku buat sebagai satu post aku jelah ek, pinjam idea je ^^.

Jadi apa dalam beg Tiq pulak? Haha banyak benda merepek je. Meh nak cerita sikit apa benda-benda terkini yang ada dalam beg aku. Sebab selalu barang beg aku ni 'come and go'. Tukar-tukar selalu kecuali benda-benda terpenting je. Sebab aku ni pemalas sikit, lepastu suka pulak buang sampah dalam beg :P. Tapi eloklah kan daripada buang merata-rata ^_^

My bag

Ni semua barang-barang yang wajib ada. Tak pernah tinggal. Kalau tinggal pun mesti sebab ada orang selongkar beg aku lalu curik. Phone tu murah tau, sila percaya. RM299 je, kalau banyak duit boleh pergi beli sekarang. Aku tak mampu pakai telefon mahal-mahal macam orang lain.

Yang ni, bila perlu je bawak. Spek tu kalau tengah pakai contact lens, baru lah tempat dia kat dalam beg. Kalau tak, maka tempat dia kat atas batang hidung aku :3

Lupa pulak, benda-benda ni pun selalunya ada dalam beg aku. Mak aku cakap wajib bawak, in case jadi apa-apa. Takut kena cataract mata pulak nanti :3

Sampul tu lepas raya haritu baru ada haha. Aku ni jenis manusia yang, bila sesuatu tu dah masuk dalam beg atau poket aku, maka bersaranglah dia kat dalam tu sampai lah aku tiba-tiba rasa nak jenguk beg aku lagi sekali. Sebenarnya tisu bekas hingus aku pun ada lagi, ahaha tapi taknak lah nanti aku di cop sebagai manusia jijik pulak. Tunjuk yang bersih je :3 Hacks tu pun ada sebab batuk dua hari lepas. Sekarang dah tak batuk tapi simpan buat bekalan, manalah tau kan.

Tu tiket komuter yang tak digunakan, kunci rumah sewa dan krim kecantikan haha. Ni benda-benda yang aku rasa tak perlu ada pun takpe (kecuali kunci rumah), tapi memandangkan aku ni suka peram benda-benda dalam beg, duduklah kau dalam tu lama-lama.

Ni poskad dapat masa jalan-jalan kat Pavilion haritu. Kalau dia tak tulis kat bawah tu yang mamat tu merupakan Actor, memang tak tahu aku dia ni siapa -_-". Tengoklah, tak keluar kan pon lagi dari beg. Tau dah memang lama lah benda ni bertapa dalam beg aku nanti.

Purse ni purse kedua aku. Aku bawak kalau nak pergi bayar sewa rumah je. Yelah purse lagi satu kecik sikit, tak muat nak isi duit kepuk-kepuk. Sebab aku ni manusia sederhana, tak selalu jumpa duit banyak hari-hari :P kehkeh. Tapi sejak bayar sewa kali terakhir bulan lepas, aku lupa nak keluarkan.

Itu jelah. Macam banyak kan, sebab kebetulan lepas raya ni aku tak sempat lagi selongkar beg aku and keluarkan benda-benda tak patut. Ni lah baru nak bukak keluarkan semua barang. Selalunya aku bawak barang-barang yang terpenting kat atas tu je. Patutlah rasa berat semacam beg aku bulan ni :\. 

1 comment:

adamainaa.com said...

haha. poket doraemon pun kalah ni

COMEK la handphone tu.