2.6.13

Review POLOS

Kali terakhir saya beli buku cerita yang isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Melayu dengan kehendak sendiri adalah bertahun tahun tahun yang lalu. Baru-baru ini saya beli Arjuni, buku antologi cerpen terbitan Biji Press, salah sebuah syarikat penerbit buku Indie yang seangkatan dengan FIXI kiranya walaupun Biji Press masih baru. Secara jujurnya saya beli Arjuni sebab cerpen tulisan sahabat baik saya sejak saya masih kecil ada diselitkan di dalam antologi tersebut. Saya masih ingat lagi, dulu kami sama-sama suka menulis cerita merepek-repek yang lahir dari minat kami berdua membaca komik Gempak, Harry Potter dan juga cerita-cerita misteri Nancy Drew hasil tulisan Caroline Keene. Bayangkan waktu itu kami masih budak hingusan baru darjah lima. Sahabat saya itu memang ternyata lebih handal menulis. Kami sama-sama tulis novel atas buku latihan sekolah sampai bertampal-tampal dua tiga buku, tapi selalunya cerita yang dia tulis lebih popular di kalangan rakan-rakan sekelas. 

Sahabat saya tu namanya Hanan Binti Mansor, atau nama pena beliau Nell Hanan. 

Tanpa melengahkan masa, terus kepada POLOS cerpen tulisan beliau. Saya taknak cerita lebih-lebih tentang Arjuni sebab saya tak habis baca lagi semua cerpen di dalamnya. Cuma secara keseluruhannya, mungkin ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki pihak editorial Biji Press kerana terdapat kesalahan-kesalahan kecil seperti gandaan perkataan di tempat yang tak sepatutnya, tiada 'space' di antara tanda noktah dan perkataan seterusnya, dsb. Mungkin jika perkara-perkara ini diambil perhatian, buku-buku terbitan Biji Press kelak akan lebih kemas dan kelihatan lebih professional. Maaf saya menegur butir-butir picisan ini sebab sebenarnya saya seorang yang OCD terhadap 'spacing' dan penggunaan kata di dalam buku-buku di pasaran haha. Sebab saya keluar duit jadi saya nak yang terbaik, betul kan? 

Melencong lagi. Mari terus kepada POLOS. Oleh kerana saya sudah terbiasa dengan hasil tulisan sahabat saya ni, jadi secara jujurnya saya ada 'high expectation' terhadap POLOS. Malangnya di sini, POLOS tak mencapai 'expectation' saya tersebut kerana saya pernah baca cerpen tulisan beliau yang lebih mantap jalan ceritanya. Namun saya tak kata POLOS tak bagus. 

POLOS mengupas dilema gadis yang menderita didera secara mental dan fizikal oleh bapanya yang sakit mental. Perspektif gadis tersebut terhadap lelaki banyak dipengaruhi oleh kekurangan bapanya serta layanan lelaki digelar Bapak itu terhadap ibu dan adik-beradiknya, maka di situlah timbul konflik di dalam cerpen ini. Tema POLOS sebenarnya menarik, dan dari POLOS jugalah pertama kali saya mendengar terdapat sejenis ketakutan yang dipanggil Gamophobia; ketakutan terhadap perkahwinan, perhubungan atau komitmen. 

Sepanjang membaca POLOS saya dapat rasa kebencian si gadis terhadap bapanya yang membuak-buak, sedangkan dalam kebencian gadis itu sebenarnya keliru. Bagusnya penulis cerpen ini menggarap cerita beliau, kerana saya memang tak dapat mengagak bagaimana kesudahan cerita ini sehinggalah saya membaca ke noktah terakhir. 

Panjang pulak review ni. Macam lah bagus sangat aku menulis hahaharrr. 

Okay ni last. Antara watak-watak dalam cerpen ni saya paling tak suka pada Lutfi. Pada saya karakter dia sedikit lemah dan dia terlalu 'cheesy'. Tapi sebenarnya dalam mana-mana cerita Melayu pun saya akan tak suka pada watak lelakinya haha jadi abaikan pendapat saya yang sungguh bias ini. 

Akhir kata, saya beri POLOS 3.5/5 untuk emosinya yang berjaya, tema cerita yang menarik dan plotnya yang kemas. 

Teruskan menulis Nell, saya tau awak boleh buat lebih bagus dari yang ini :)

1 comment:

Nell hanan said...

Thank you for the review Tiq :) I perlukan kritikan membina dan jujur untuk bantu I improvr hehe. Thanks beli buku tu sebab nak support I. After all, you were the earliest person to share and support my passion pun kan. Ahhh rindu zaman tulis Deleena, pinjam Nancy Drew Hardy Boys semua.

P/s : you orang 1st yang cakap tak suka watak Lutfi HAHA.