6.5.12

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Itu moto klise semua orang. Tapi baru-baru ni aku baru tersedar, itu moto hidup aku jugak. Dan tak hairan kenapa memang itu moto hidup semua orang jugak. Hmfh, klise. 

Kau tau? Mestilah tak, sebab aku belum bagitau, hahahaha *lawak paling hambar*. Tapi kau tau? Kalau aku tak mahu, ada seribu jalan pun belum tentu aku akan capai sesuatu. Bila aku mahu, takde jalan langsung pun, aku sanggup membanting tulang empat kerat, berbekalkan bancuhan tar yang pekat, aku buat jalan aku sendiri. Nama dia tentulah Jalan Jelawat. Acewwaahh. Tapi macam tulah lebih kurang. Faham tak? Tak faham sudah.

Kau tau? Aku batuk menggila sejak dua tiga hari ni, tapi aku tak mahu makan ubat. Maka, ada sepuluh botol ubat batuk depan mata pun, kalau aku taknak makan ubat maka jangan hairan kenapa batuk aku tak sembuh-sembuh sampai berminggu-minggu.

Kau tau? Kalau kau nak bagi aku sejongkong emas kalau aku berjaya habiskan sebotol sirap, tapi dah aku tak suka air sirap tu, baik kau simpan jelah emas tu. Melainkan....

Melainkan kalau aku memang nak sejongkong emas tu, maka cerita dia dah jadi lain. Sebab aku mahukan emas tu sekarang, nampak tak? Tak nampak sudah. Nah aku letak gambar sejongkong emas bagi kau nampak sikit


Gila kau taknak benda alah ni? 

Tamat sudah repekan di malam hari, sekian.

1 comment:

Anonymous said...

haha kelakar lah tiq! :P