15.5.12

Selamat membesar Lily

itu kad harijadi dari hahawawa

Harini awak membesar lagi. Awak ingat tak bagaimana 6 tahun yang lalu awak menangis di dalam buaian, minta disua botol susu ke mulut kecilmu bagi mengisi perutmu yang lapar? Tentu kau lupa, kau masih kecil, belum kenal dunia.

pic.twitter.com/FqOeBaQH
itu hadiah harijadi dari adik saya, apid

Awak ingat lagi, bagaimana awak dengan puggung comel dibaluti pampers, menari twist di hadapan televisyen apabila mendengar lagu berkumandang? Awak tentu lupa, tapi aksi itulah yang mengundang tawa buat seisi keluarga, termasuklah kakak awak yang menyayangi awak ini.

Kalau boleh, saya tak mahu awak dewasa. Saya mahu awak tetap begitu, kecil dan comel dan palbagai ragam, menghiasi hari-hari saya. Saya mahu ada sesuatu untuk dinanti-nantikan sewaktu hendak pulang ke rumah, ada sebab untuk berlagak seperti kanak-kanak kecil kerana ingin melayani keletah awak yang kadang kala menyakitkan hati. 

Saya harap dan berdoa semoga awak membesar dan menjadi manusia yang berjaya mencapai segala cita-cita, solehah dan beriman, berbakti kepada keluarga dan diberkati dengan hati yang penuh kasih-sayang serta akal yang rasional. Awak bunga hati saya, serta cahaya petunjuk diwaktu gelap. Itulah maksud nama awak; Lily Nurhidayah. Saya sayang awak selalu. Selamat hari lahir.

No comments: