7.5.12

Pertandingan Men-doodle anjuran F&N


Atas tu doodle yang aku hasilkan untuk contest Clearly Citrus Doodle Champ anjuran F&N. Si kecik comel Dani yang mempromosikan di Twitter dan Facebook sebab beliau dah pun menyertai dengan gembira. Oleh kerana tertarik dengan kegembiraan beliau, maka aku pun klik link yang dia sertakan. Mudah je rupanya. 

Dekat laman web tersebut, pihak penganjur sertakan satu tempat untuk manusia-manusia bertangan gatal seperti aku ni untuk mendoodle apa saja yang terlintas di fikiran, dan menyertakan sekali gambar hirisan lemon dan lime yang mereka sediakan di atas kanvas doodle. 

Dan oleh kerana aku noob untuk menerangkan dengan lebih lanjut, aku bagi link nah untuk korang alami sendiri detik-detik keriangan menghasilkan doodle menggunakan lemon dan lime.


Baiklah. Lepas dah lukis, pergi melawat gallery dan vote hasil doodle orang yang korang rasa paling layak untuk menang. Banyak sebenarnya doodle-doodle menarik, dan aku sendiri terkejut bagaimana diorang boleh hasilkan doodle se-kreatif itu. Kalau taknak melukis pun, pergi melawat gallery dia untuk vote je pun takpe jugak. Bolehlah vote aku punya banyak-banyak ahaha okdahbai.



X/box: Ekceli kan, aku ada lukis dua doodle. Yang pertama sengaja aku taknak tunjuk dekat korang, sebab hodoh dan klise. Biasalah kan, percubaan pertama mana nak terus excellent macam tu je. Yang kedua ni barulah senonoh sikit aku rasa. Aku rasa lah. Hahaha

No comments: