13.10.11

Big Bad Wolf, The Biggest Book Sale In The World!

Sepatutnya semalam tulis pasal benda ni, tapi semalam letih + pening kepala tak mampu nak buat apa dah. Hanya mampu tidur pukul 2 pagi ekeke :P 

Dan harini pun malas jugak sebenarnya, sebab kononnya nak puasa laptop selama beberapa hari sebab aku rasa pening kepala ni selain dari berpunca daripada cuaca tak menentu sekarang, terlalu banyak mengadap laptop jugak menyumbang kepada masalah kesihatan kan. Tambah pulak baru baik demam ni, but that's not the point. Hairini rasa perlu untuk menghiburkan diri, jadi bukak lah Youtube kejap untuk tengok boyfriend kedua dan ketiga. Iaitu Nigahiga dan Kev Jumba kehkeh :D

Okay so, alang alang dah sampai kat Youtube, apa salahnya kan terus je bukak Blogger terus sebab account Youtube aku dengan Blogger guna email yang sama dekat account Google *Seriously, apa sebenarnya aku cuba sampaikan ni =,="?*. 

Semalam pergi this book sale dekat Serdang/Bangi (aku pun tak pasti, sebab orang ni cakap kat UKM, orang ni cakap tempat tu kat MAEPS so dah confuse) dekat this one building yang dekat dengan Hospital Serdang tu. Book Sale ni nama dia Big Bad Wolf (BBW), The Biggest Book Sale in the world! Pergi bersama kawan-kawan iaitu Hawa, Eja, Zue dan kawan diorang Wowo, dan pening di dalam kereta T.T 

Tapi, to be honest, THAT PLACE WAS... HEAVEN! Lantas hilang segala mabuk kenderaan yang dalam kereta tak boleh bukak mata tadi, rasa nak muntah segala, lenyap beberapa minit selepas melangkah masuk ke dalam bangunan tu. Cuba teka aku bawak balik berapa ketul buku? Empat. Cuba teka kawan-kawan aku yang lain ni bawak balik berapa ketul buku? Sepuluh. 

Ya, korang tak salah baca. Mungkin kalau aku pun banyak duit macam dia, aku sendiri dah bawak balik sepuluh buku. 

Lihat lah, ni buku untuk tiga orang je, belum masuk aku punya lagi :3

Ni empat buku yang aku beli. Siap jumpa buku idaman lagi, Eldest by Cristopher Paolini. All this for RM27 ONLY!

Mana laa aku tak rasa macam nak nangis terharu, Eldest tu kalau carik kat luar RM50 pun tak dapat. Jumpa dekat sini harga RM8 je!!! Aku beli empat buku dengan separuh harga dari harga sebuah buku! Bayangkan lah betapa ruginya siapa yang tak pergi BBW Book Sale ni! *Ceh over pulak kau ni*

Bukan nak promote melampau, tapi serious oh rugi kalau tak pergi. Dekat Serdang je, dekat bangunan MAEPS berhampiran Hospital Serdang. Tak pun pergi lah google ke apa ke, aku pun tau dari kawan-kawan. Dan maaflah aku taktau direction nak ke tempat tu, sebab sepanjang perjalanan aku pura-pura tidur sebab kepala dah pening rasa nak muntah semua. Sedih betul, sebab aku sebenarnya rasa nak pergi lagi dengan family :'(

And kat situ macam macam jenis buku ada. Buku pasal sejarah sejarah, dokumentari, fotografi, resipi, hobby, autobiografi, fantasi, kanak-kanak, semua ada! Just go there, preferably with your family *sebab boleh pau duit ayah kehkeh*. If korang rasa nak pergi lepas baca entry ni, boleh pergi lagi sekarang ni. Dia sampai hari Ahad ni iaitu 16 Oktober 2011. Go now, seriously go! And kalau dah konfirm nak pergi tu bagitau lah eh, gua nak ikut ehem. 

Or, you can also go to the website for more information >> http://www.bigbadwolfbooks.com/

Phew! Finally. Now I can sleep with peace. Byebye laptop teehee :D

2 comments:

Anonymous said...

OMG! Memang heaven gila lah kan T.T Nak pergi juga!

farafiqa abu bakar said...

FARA EXAM minggu ni!! dari minggu lepas nak pergi T_T hari ahad or sabtu ni HARUS PERGI!