5.11.12

Novelis

Masih belum terasa mamahan waktu yang tidak pernah tidak cemburu terhadap manusia. Tatkala berbaring di ruang kamar, membenamkan diri dengan senaskhah novel yang berat initipatinya, yang isinya berkisarkan kehidupan seorang wanita moden yang sudah lebih separuh abad usianya, mencuba menganalisa di mana kesilapan dalam membuat perhitungan penting dalam hidup sehingga anak bujang tunggalnya tergamak melakukan jenayah juvana yang tak mungkin dimaafkan. Aku jadi terfikir; kenapa perlu memperbesar sesuatu yang pada akarnya tidak seharusnya diperbesarkan? Apalah salahnya menjalani kehidupan yang normal, yang tidak perlu terlalu dramatik tetapi tidak terlalu hambar? Mengapa harus mengukir laluan yang sukar sedangkan kau ada pilihan untuk melalui laluan yang sama namun dengan lebih mudah?

Lalu satu suara jauh di sudut minda aku mula mengetuk benak fikiran. Perlahan-lahan dia keluar, cuba untuk memberi hujah bertentangan, cuba untuk meneutralkan satu sisi pendapatku yang jelas skeptikal agar pandanganku kembali neutral. 

Hidup ini seperti sup. Ada pelbagai rencah dan rempah yang harus ditambah sebelum sup itu dapat dinikmati dengan seenaknya. Kalau hendak dibandingkan sup aku dengan sup orang lain, mungkin sup aku termasuk dalam kategori "yang biasa-biasa" sahaja. Mungkin sup orang lain yang ada banyak jenis rencah dan ramuan tambahan itu lebih sedap rasanya. Tapi bagi aku "yang biasa-biasa" inilah keindahan. Sup aku mungkin kurang pada orang lain, tetapi Ani Sup Utara memang enak bagi aku. Dan itu rahsia yang ingin aku cari tahu.

No comments: