21.11.12

Peringatan untuk aku dan kita

Banyaknya perkara nak kena fikir. Rasa dewasa betul. Nak mengeluh pun dah rasa tak layak. Usia macam ni memang banyak tanggungjawab pun, dan bukan kau sorang je ada semua tanggungjawab tu, orang lain lagi banyak tanggungjawab dari kau. Bila rasa fed up terpaksa lah tampal wajah plastik konon-konon masih positif terhadap kehidupan. Tapi jauh mana nak tipu diri sendiri? Tak boleh nak tipu pun.

Akhirnya kena jugak yakinkan diri, betulkan topeng dekat muka tadi dan cuba jalani hidup dengan sepositif yang mungkin. Semua tu tanggungjawab. Amanah. Nak taknak kau kena jugak buat. Nak cuba lari pun kau nak lari ke mana? Sampai bila nak berkurung dalam minda kanak-kanak yang kau rasa sayang nak lepas tu? Nak duduk main game seharian, jauhkan diri dari masalah, tapi sampai bila? In the end kau kena jugak mengadap benda tu. Selagi benda tu tak selesai, selagi tulah dia jadi beban yang buat hidup kau sentiasa tak tenang. 

Orang selalu kata, bila kau buat benda yang kau suka, apa pun yang kau buat takkan rasa macam satu tanggungjawab atau beban, sebaliknya jadi sekadar satu aktiviti harian yang menggembirakan. Aku teringin nak rasa keterujaan tu. Tapi benda yang aku suka bukan prioriti dalam hidup aku sekarang. Mungkin suatu hari nanti? Aku tak tahulah. Sejauh yang aku nampak, benda yang aku akan lalui memang takkan rasa macam satu aktiviti harian yang aku teruja nak buat dengan penuh rela hati. Macam mana aku nak ubah benda tu? Memang aku kena terus pura-pura ke, atau aku kena buat perubahan drastik yang banyak risiko dan mungkin mempengaruhi banyak aspek dalam hidup aku?

No comments: