23.6.11

Dos

Kenapa Angry Birds?


Sebab utama adalah kerana mereka comel. Suara diorang pon comel, lagi-lagi waktu kena tembak dengan lastik gergasi tu, they go "Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!". Kelakar :D.

Satu perkara tentang Angry Birds ni adalah, diorang pantang betul kalau ada siapa-siapa cuba sentuh atau apa-apakan telur diorang. Over protective gila diorang ni. Terjentik sikit pun, diorang marah macam kau baru lepas rebus telur diorang tu pastu buat bunga telur kat kenduri kahwin. Secara serius :O !


Sebab itulah diorang ni Angry Birds. Heh. 


Aku jujur lah, kadang-kadang aku pun macam ni jugak. Pantang di'jentik', melenting tak tentu hala. Sifat yang tak bagus tak baik diamalkan. Sabar separuh daripada iman. Kalau perasan, pepatah yang aku sertakan dalam entri pertama ada kena-mengena jugak dengan apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Hehe. Marah-marah sangat pun tak boleh, takut keluar game baru pulak nanti; Angry Tiq. Kehkeh. Sekian terima kasih ^_^!


P/s: Main game ni pon boleh tahan bengang jugak kan? Puas PC tu kena maki sebelum aku berjaya dapat 3 bintang. Haishh...

1 comment:

farafiqa said...

"mimimimi mimimimi" haha still t'ngiang2 lagi kecomelan si kecik ade kembar itu :D