26.6.11

Contest Banner/Header Saya Cantik

Entri Khas: Contest Header Saya Cantik.



Contest lagi. Ahaha okay. Sekarang aku kena terangkan maksud benda-benda yang ada dalam header aku ni. Tapi aku rasa aku dah pun explain pada post yang pertama dan yang kedua. Tapi disebabkan syarat pertandingan memang kena explain, apa salahnya explain sekali lagi kan? Ehe.

Tiqcakap : Selain dari nama blog, Tiq tu adalah singkatan dari nama aku Nurul Atiqah. Tiqcakap bererti aku yang tengah meluahkan isi hati dan perasaan. Yelah, orang bercakap memanglah luahkan apa yang terlintas di fikiran dan terbuku di kalbu kan? Ehe. So blog ini adalah tempat aku menyuarakan buah fikiran dan isi hati aku. Sebabtu nama dia Tiqcakap :)

Warna merah, kuning, biru, hijau, hitam dan putih : Adalah warna-warna yang terdapat di dalam header aku. Pertama sekali, aku suka angry birds. Kalau awak semua perasan, warna-warna tema dalam header dan blog aku di ambil dari warna-warna characters dalam Angry Birds. Weeee! Hehe :D .. 

Watak-watak dalam Angry Birds : Memang kena ulang lagi sekali ke? Ehe baiklah, aku suka Angry Birds. Minat sangat main game Angry Birds dan tonton video-video pendek Angry Birds di Youtube. Kerana mereka sangat comel!! Seperti yang semua tahu, Angry Birds ni musuh ketat mereka merupakan babi berwarna hijau yang suka curi telur mereka. Jadi dalam header atas ni, aku gambarkan macam tulah. Dan kononnya babi hijau tu macam dengki dia siap bawak pelekat kecik yang bertulis "This is not the official Angry Birds website" lalu tampal di atas header aku ni. Cis kau babi hijau! Ahaha :P

Begitulah hendaknya sedikit sebanyak tentang header blog aku ni. Kalau anda nak masuk contest ni, sila ke blog ADAMAINAA okay? Sekian terima kasih :)

No comments: