Mari kita mula dari awal.
URL baru, header baru, layout belog baru, nama belog baru, tuan punya sahaja yang masih sama. Cuma mungkin sudah berubah sedikit? Siapa tahu kan, ehe. Ya, aku telah mendelete kesemua 283 entri-entri yang lalu *nangis* T_T. Kali ni kita akan lebih serius. Muahahaha habislah korang.
Tapi, disebabkan ini adalah permulaan, mari kita tidak terlalu lurus menuju ke titik (direct translation bagi straight to the point -,-). Mari bersuka ria dahulu yeay!
Kenapa Tiqcakap??
Dekat fakulti Pendidikan TESL, kawan-kawan memanggil aku dengan panggilan Tiq. Asal-usul panggilan ni datang dari si budak comel ni hah,
Didi Asbullah. Dialah yang mula-mula memanggil aku Tiq. Tapi masatu, ejaan dia bukan T.I.Q = Tiq. Ejaan manja dia adalah Th!ck. Manja tak? Hihhii.
Tapi, bila semua orang dah mula memanggil aku dengan panggilan tu, takkan aku nak bagitau semua orang bahawa ejaan nya adalah Th!ck kan? Nanti pasti mereka akan hairan, mengapa Th!ck?? Nanti cerita jadi panjang pulak, jadi aku pun ringkaskan supaya semua orang mudah nak eja bila taip sms dan takdelah bazir huruf kan. Sebab secara jujur, aku pun taktau kenapa Th!ck. Nak kata fizikal aku ni nampak thick/tebal/gemuk, nampak benar menipunyaa -__-". Aku pun tak pernah tanya Didi kenapa Th!ck. Jadi aku anggap, itu adalah ejaan manja bagi Tiq laahh tuuu ;P
Jadi, Tiqcakap tu maksud dia lebih kurang macam kata-kata atau buah fikiran aku lah. Tulisan aku mewakili percakapan aku. Mudah je, kan? Itu je untuk hari ni, sekian terima kasih!