23.8.12

Eidulfitri

Haritu tak sempat tulis pasal perkara yang dilakukan sepanjang cuti sebab dah nak raya and then busy buat itu ini. I know takde siapa kisah pun sebab tu tanpa rasa bersalah terus update pasal cerita raya pulak ni.

Sebelum tu, selamat hari raya maaf zahir batin buat semua orang yang membaca blog daif ini. Ampun kalau ada perkara tersurat yang melukakan hati anda. Saya memang terdorong menulis ikut sedap hati bila tak berhadapan dengan para audiens. Bila berhadapan dengan manusia sebenar, saya lebih gemar berdiam diri. Begitu.

Okaylah. Post ni pasti tak menarik. Sebab takde satu gambar pun ditangkap sepanjang lima hari raya setakat ni. Aku terpaksa mengaku lah, raya tahun ni kurang meriahnya dari sudut pandangan aku; walaupun aku memang gembira pulang ke kampung jumpa saudara-mara yang dirindui, bergelak ketawa bertepuk tampar bergurau senda. Memang gembira sakan. Cumanya, terasa ada yang kurang entah di mana. Mungkin sebab aku dah semakin dewasa, jadi keterujaan main bunga api dan dapat duit raya tu dah semakin kurang. Mana tahu?

Yang pasti, rancangan TV takde satu pun yang menarik, kecuali rancangan Reflections di TV Alhijrah yang ditayangkan pada pukul 11.30 malam raya pertama tempohari. Aku suka penyampaian Imam Suhaib Webb, seorang penceramah agama mualaf dari Amerika.  Kreatif dan langsung tak membosankan. Rancangan kedua yang buat aku melekat di TV merupakan cerita Hindustan; Ra.One. Lol. Selebihnya, aku tak tengok TV pun sepanjang raya.

Tadi housemate bernama Zulaikha datang beraya. Ada Loko, Dell dan adik Zulaikha, Ara. Baru perasan betapa rindunya dekat semua housemates, acewah. Tapi sedihnya dah nak habis cuti sobsobsob.

Itu ajelah. Semoga hari raya anda lebih meriah dari saya punya :)

1 comment:

Fyfy Liew said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin tiq :)