11.7.12

Turnabouts

Aku boleh jadi nenek tua si bongkok tiga dengan hanya menggalas semua beban dan tanggungjawab yang tersangkut di bahu aku saja. 

Bila aku buat sesuatu, aku rasa bertanggungjawab. Tapi kalau aku tak buat pun, aku tetap rasa bertanggungjawab. Buat ke tak buat, sama saja. Consequences je lain. Mungkin satu option akan buat hidup lebih positif, dan yang lain akan buat kau rasa macam orang tak berguna. Mungkin sebab aku anak sulung aku rasa semua ni. Mungkin sebab hari-hari sepanjang cuti ni aku asyik dengar benda yang sama. Aku tak tau sebenarnya aku penat ke apa.

Kenapa pulak cermin mata tebal buat perempuan nampak comel? Aku pakai cermin mata sebab aku rabun. Bila aku nak tampil depan khalayak dengan wajah sebenar kalau-lah-aku-tak-rabun-kena-pakai-cermin-mata-haa-nilah-wajah-aku, aku pakai contact lens. Jadi, kenapa cermin mata tebal buat perempuan nampak comel? Dulu masa kecik-kecik aku pakai spek mata bulat bingkai nipis tapi masa tu aku lagi comel dari sekarang hahahaha. 

Oh ya, nanti saya upload portrait boyfriend Hawa saya lukiskan untuk harijadi dia hiks.

1 comment:

hawa power said...

Saya tak faham apa awak cuba sampaikan awak tak comel hahaha jk jk. Cepat upload. Oh wait, you free or not this saturday?