5.6.12

Jangan berbuat baik dengan saya



....kalau dalam hati awak tak ikhlas memberi kebaikan.

Acewahwahwahhh. Video atas tu, salahkan Lily. Walaupun aku kenal Kim Jong Kook tu dari Runningman, tapi salahkan Apid sebab bagi aku tengok Runningman in the first place. Dan dekat sini, sila imaginasikan aku tengah menangis kekecewaan sebab Apid dah pergi Tapah untuk sambung pelajaran, dan takde siapa lagi nak downloadkan Runningman untuk bagi aku tengok tiap-tiap weekend bila balik rumah. 

Jadi perkaitan dia di sini, disebabkan Apid dah takde dekat rumah untuk downloadkan semua benda kegemaran Lily (iaitu muzik video artis Korea yang dia suka sangat tengok tu), akulah mangsa dia sekarang ni. Kalau aku tak download-kan nanti dia sedih. Sebab dia memang sedih pun abang dia dah takde dekat rumah. Haritu malam sebelum abang dia pergi dia dah nangis dah. Dia nak sorok dari orang lain, dia lari masuk bilik aku lepastu pergi menangis depan aku. Sampai aku aku sekali termenangis LOL hilang macho kejap. 

Tapi tiap-tiap malam pun dia nangis lepastu, jadi aku pun kesian lah dekat dia. Aku tak rajin download-download benda-benda KPop ni sebenarnya melainkan kalau itu FT Island hikhik. Tapi FT Island tu pun Apid jugak yang kenalkan dekat aku sebenarnya, so semuanya salah Apid sekarang ni HAHAHA.

Anyway, nah baca mesej dari Lily yang dia hantar time aku tengah jawab test dekat dewan peperiksaan.

"Kakak tolong download lagu kim jong kook - don't be nice to me"

Balik dari test aku terus carik lagu ni dekat youtube dan voila! Aku pun tersuka lagu ni sebab sedap pulak. Boleh tahan Lily ni, LOL.

Kbye, sedih sekarang sobsobs.


1 comment:

Zinedine Zaiddin said...

ayat nak poyo je..hahaha :p