24.12.11

Tahu Yang Tak Tahu

Dia duduk menghadap tingkap kaca yang separa terkuak itu, menongkat dagu dengan tangan kirinya di atas meja kayu tempat dia bergelumang dengan ilmu. Hujan di luar turun renyai-renyai. Awan mendung menyelubungi bumi bagai memahami isi hatinya. Dia mengeluh kesal.


"Aku minta maaf."

"Maaf saja tak cukup. Hati aku sudah alah terhadap kata maaf." 


Lelaki di dalam memorinya itu kelihatan tak keruan seketika. Seperti mahu marah, seperti mahu mengucapkan sesuatu, dia juga tidak pasti. Yang pasti, airmatanya sudah mengalir deras membasahi pipi. Walaupun minda egonya meronta-ronta agar tangisan itu berhenti, namun ia tewas dengan emosi yang lebih menguasai.


"Tolong bagi aku lagi satu peluang."

"Peluang apa lagi yang kau mahu? Berapa kali peluang telah kau sia-siakan selama ini? Berapa kali lagi kau mahu seksa hati aku?"

"Aku sedar aku salah. Aku sedar selama ini aku banyak buat kau terluka. Aku minta kau maafkan aku, dan aku akan perbaiki semua kesilapan aku. Aku janji!"


Hujan lebat yang turun membasahi bercampur bersama airmatanya, menyembunyikan riak luka di wajahnya. Dia pilu mendengar ungkapan dari mulut lelaki itu. Sebak dan pilu.


"Aku tak percaya lagi pada janji kau, atau janji siapa-siapa pun. Janji itu dicipta untuk dimungkiri, bukan ditepati."




"Tolonglah...bagi aku satu lagi peluang."




"Maafkan aku, tapi kau sudah terlambat. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku."


Sebenarnya dia ingin menambah "..dan terima kasih kerana hancurkan aku." tetapi tidak terluah dari kerongkong. Dia menatap wajah lelaki itu sayu, dan dia lihat setitis airmata jantannya jatuh ke bumi. Selamat tinggal.

"Kita semua pernah lakukan kesilapan, dan kita semua diberi peluang untuk baiki kesilapan itu. Namun tak semua gunakan peluang tersebut sebaiknya. Manusia selalu alpa, tanpa menyedari peluang yang berlalu pergi takkan datang kembali. Simpan airmatamu itu, tak guna kau sesali apa yang telah berlaku. Aku yang berhati batu adalah kerana perbuatanmu. Aku yang sekarang, yang tegar tetapi rapuh, adalah kerana luka yang kau palitkan pada aku. Parut ini takkan berlalu, kekal sebagai memori untukmu. Hentikan saja rayuanmu. Buang aku jauh dari ingatanmu, aku sudah temui kehidupan baru. Kehidupan tanpamu. Dan aku akan tersenyum untuk semua."






I've been singing for you all this while. Finally, I've found my own song.

2 comments:

Anonymous said...

nak like tpi tak ada button like. :/ huaaa.

Azhafizah MN said...

put smile on your face ^__^