23.12.11

More Babies

Maybe I am over-thinking things.

Malam tadi akibat letih yang melampau, aku tidur semahu-mahunya. Kerana hakikat aku taknak ke kelas lagi pagi ni, aku tidur dan merehatkan diri setelah dua hari tak tidur dengan sempurna. Ada assignment nak kena siapkan, tapi pedulikan. Tidur lebih penting. Hahaha penat sampai macam tu sekali. 

Before I went to bed, though, I was skype-ing with a friend. Dia tunjuk kat aku video kanak-kanak yang comel, lepastu kitorang cakap pasal nak culik budak tu lah apa lah. And I remembered I said "Aku nak bayi sekarang. Bagilah aku bayi sekarang." something like that. Sebenarnya aku mengantuk, and aku cakap macam tu tanpa berfikir. Bila aku fikir balik, sebenarnya it sounds wrong to be asking for a baby like that hahaha. Macam orang desperate pulak =___=

Yang sebenarnya, aku suka kanak-kanak. Aku teringin nak bela sorang baby yang aku boleh tengok hari-hari. Sayang hari-hari. Tapi after 6 or seven years is a different story. 

Anyway, yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah, malam tadi aku mimpi. Mimpi tu realistik sebab aku terlalu penat. Dalam mimpi tu aku mengandung, taktau siapa ayah dia, tapi aku mengandung. Hahaha. I was so happy in that dream, by the way. Mungkin sebab dalam mimpi, bolehlah gembira taktau siapa ayah kehkehkeh. 

Orang kata kalau mimpi mengandung tandanya murah rezeki. Aku pun harap sangat macam tulah. Tapi ada kemungkinan jugak aku mimpi macam tu sebab kan perbualan antara aku dengan kawan aku tu. 

Siapa taknak bayi bagi sini meh.


No comments: