10.9.11

Rumah Terbuka


Blueberry cupcake versi Tiq Hashim. Comot sememeh tapi asalkan boleh masuk perut :D. Kakak sepupu aku dah berminggu-minggu menyanyi mintak cupcake ni dari aku, sejak sebelum raya haritu. Habistu nak buat macam mana kan, suruh datang rumah taknak :O ! 

Jadi waktu raya ni lah semua orang pakat buat rumah terbuka, masa ni jugak lah baru dapat berkumpul ramai-ramai. Kalau tidak masing-masing sibuk dengan kerja, nak menjenguk saudara mara pun tak menyempat.

Aktiviti harini dah diatur rapi. Kami sepupu sepapat pakat nak pergi main bowling dekat Ole-Ole Shopping Mall di Seksyen 18 Shah Alam. Memang aktiviti wajib setiap kali adakan rumah terbuka di rumah aku tiap-tiap tahun. Yang tak selalu main masa ni lah nak belajar-belajar baling bola bowling yang berat tu. Yang dah hebat masa ni lah nak tunjuk bisa masing-masing. Yang jarang-jarang main masa ni lah nak asah skill yang berkarat. Kaum ibu bapa di rumah bersembang perihal masing-masing dan isu semasa, berkongsi jenaka, indah benar kan dapat berkumpul satu famili? Setahun sekali je pon :)

Oh ya, kenapa tak tunggu rumah terbuka dah berlangsung baru update? Aku sengaja taknak tunggu, sebab nanti kemungkinan besar aku tak sempat nak jenguk blog. Almaklum dah keletihan. Lagipun persiapan masuk sem baru pun aku tak buat lagi. Pakaian semua tak berkemas lagi. Esok barangkali hari sibuk buat aku :( 

Sebab tu lah tetiba ada 3 entri dalam sehari. Mungkin nanti ada lagi entri keempat, siapa tahu? Kalau aku tak sibuk :) Bye bye.

4 comments:

Adam Azra said...

tak boleh like plak entry ni.

hahaha..

nak joinnn COMEK !!!

Adam Azra said...

lupa nak cakap. cupcake tu men-jeles-kan saya haha. nak 1 T.T

Anonymous said...

mane nak beli cup yg keras tu ehhhh? been searching since ages. T_________________T

Tiq Hashim said...

Anon: Pergi kedai yg jual peralatan kek. Supermarket biasanya tak jual.