11.9.11

My Very Own Page!

Atas cadangan seorang rakan tak berapa lama dulu, aku pun buat satu page untuk blog novel aku Strawberry Cupcakes. Mula-mula aku tak terfikir pun nak buat benda benda ni, sebab bukan semua orang minat baca novel kan, and bukan best pun novel aku tu (ntah hape-hape aku tau hahahaha). Kawan aku tu bulak business minded sikit (maklumlah jual monavie), lepastu dia suruh aku letak nuffnang ads dekat blog aku. Bagi aku, aku tak rasa aku akan capai keuntungan berganda sebab dari dulu pon aku dah letak nuffnang sebenarnya tapi earning aku RM1.50 tak gerak-gerak pun after beberapa bulan, last-last aku buang semua ads dan aku dah delete dah pon blog lama aku tu.

Senang cerita, aku tak yakin pun yang aku akan dapat ramai followers walaupun selepas buat page, jadi aku berfikir lah sejenak untuk satu jangka masa yang lama, sampailah baru-baru ni aku akhirnya buat keputusan nekad nak cuba nasib. Aku blogging ni dah lama jugaklah, walaupun tak lama sangat tapi lebih setahun dah sebenarnya. Aku start blogging penghujung tahun 2008, sekarang dah nak penghujung 2011 kiranya dah nak 3 tahun dah aku blogging secara rasmi. Tapi tengoklah follower aku baru berapa kerat je hahahaha.

Main reason aku tak ramai follower sebab 

(1) Aku jarang blogwalking

(2) Aku tak aktif sangat join contest dan aktiviti-aktiviti yang blogger lain anjurkan (kecuali sejak dua menjak ni)

(3) Post aku banyak merepek dan kadang-kadang emotional

(4) Aku tak kisah pun kalau orang tak berapa ramai follow blog aku sebab dulu tujuan asal aku blogging adalah untuk suka-suka

Dan sebenarnya aku dah cukup bersyukur at least ada jugak orang sudi jenguk blog aku dan baca repekan aku. 

Jap menyimpang pulak, ni nak cerita pasal apa sebenarnya ni? huhuh -_-". Okay so Strawberry Cupcakes: The Novel secara rasminya dah ada page sendiri berkuatkuasa mulai semalam. Kalau korang baik like lah, sebab aku ada satu projek yang aku tengah rangka untuk masa akan datang. And kalau ramai yang support aku dan Strawberry Cupcakes, aku akan teruskan dengan projek tersebut. Misi aku satu je, nak tarik orang ramai terutamanya anak muda untuk minat membaca :) Kalau korang boleh luangkan masa seharian depan Facebook hari-hari, apa salahnya luangkan sikit masa dalam dunia maya korang tu untuk singgah blog novel aku? He he.

Kenapa novel kau ni berbahasa Inggeris dan berlatar belakangkan sebuah dunia asing dengan watak yang asing?

Penah aku dapat feedback seakan-akan macam ni dari seorang junior kepada kawan baik aku. Ya, memang aku tak nafikan watak-watak dalam Strawberry Cupcakes langsung tak menggambarkan latar belakang sang penulis iaitu aku, yang berasal dari negara Malaysia dan berbahasa Melayu dalam urusan harian. 

Firstly, aku memang seorang yang suka membaca dari kecik. Aku jugak dari kecik memang suka menulis. Jadi bila aku menulis, aku akan tulis apa yang hati aku rasa nak tulis. Bila aku menulis, aku akan cuba buang segala boundaries yang ada di dunia realiti ni yang akan menghalang aku untuk menulis dengan kreatif dan gembira. Aku pernah cuba tulis novel Melayu, tapi aku tak pernah gembira dengan hasilnya. Sekarang aku cuba tulis novel English, dan setakat ni aku gembira dengan apa yang aku buat. Dalam masa yang sama, aku sebenarnya sedang tingkatkan keupayaan aku dalam berbahasa Inggeris. Dalam masa yang sama jugak, aku nak korang yang baca belajar berbahasa Inggeris melalui hasil tulisan aku. 

Secondly, aku cuba nak elakkan dari menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Bila aku hasilkan sebuah cerita yang terlahir dari kreativiti buah fikiran aku sendiri, aku tak perlu mengaitkan cerita aku dengan apa-apa benda yang wujud kat muka bumi ni kan? Seperti contoh, nama tempat dan watak-watak. Kadangkala aku tak dapat nak elakkan watak-watak yang lahir secara kebetulan dengan manusia yang ada menjalani hidup dengan tenang di muka bumi, jadi aku elakkan dari mengaitkan mereka dengan mana-mana lokasi di muka bumi. Sebab tu lah aku buat cerita dengan watak-watak asing yang takkan wujud di bumi Malaysia ni. Tapi aku harap, pembaca aku gembira dengan hasil karya aku :)

Jadi kalau korang masih baik hati lepas dah baca semua repekan ni (kalau ada lah yang baca sampai habis) ni link ke page Strawberry Cupcakes: The Novel khas untuk korang..


Dan ini link ke blog novel aku Strawberry Cupcakes: The Novel. Dah episode 17 dah sekarang!!


Terima kasih semua :D !!

No comments: