Aku bukan di tempat yang betul untuk nasihat orang. Pendapat aku mungkin orang taknak dengar pun sebab aku berdiri di tempat yang kurang tepat. Kalau ada suara aku sekalipun, orang mungkin abaikan macam tu aje. Sebab aku di tempat yang tak betul.
Tahu tak aku dengan kau ni lain. Keinginan aku dengan kau lain, malah matlamat aku dengan kau tak sama. Terima kasih kerana ambil berat tapinya. Aku hargai niat baik orang yang selalu nak point out benda-benda yang dia rasa tak betul dan pada pandangan dia, semua orang pun patut rasa benda yang sama. Susah-susah je ambil berat pasal orang lain.
Tapi tulah, bila rambut manusia pun semua dah lain warna sekarang ni.
No comments:
Post a Comment