Bukak twitter orang sibuk berpantun, bukak blog housemate tercinta pun ada pantun jugak, jadi aku rasa terpanggil untuk turut sama menjual pantun bernilai 1 billion rupiah.
Saya tahu saya hebat,
Kalau berani meh la datang dekat
Acewwahhh. Okay lagi satu lagi satu.
Saya tahu saya gembira,
Jom main batu seremban sama-sama?
Fulamakk berbakat jugak aku ni. Bahaha. Tadi ada orang merengek text bagitau dia tak boleh tidur. Nak tau apa jadi lepastu? Dia tertidur ketika text dengan aku. Nampak tak betapa hebatnya aku ni? Haaa. Sesiapa tak boleh tidur bolehlah text aku lepasni. Sila dail 1 300 13 1300 McDelivery. Eh? Salah pulak. LOL cari sendirilah ya awak ingat nombor telefon kita ni macam nombor ekor ke boleh bagi kat semua orang?
Hari ulangtahun, setahun sekali,
Hai nussow, selamat hari jadi!
Nussow tu abang aku, dari mak bapak berlainan LOL. Orang cakap muka kitorang sama, which I beg to differ. Sebenarnya sama tang pakai spek mata je. Dan girlfriend dia adalah housemate aku LOLOLOL semoga tak dipukul dengan cemeti lepas tulis statement penuh kontroversi.
Masak cekodok di tepi kolam,
Eh, dah pukul 1.38 pagi lah sekarang,
Tipu gila mana pernah aku masak cekodok tepi kolam,
Selamat malam, babaiii semua orang!
LOL
1 comment:
datang sini bawak sotong ,
pandainye awk brpantun !
kite scndal dengan JLO,
datang sini kite follow !
kenal tak seha ?,
hahahahahhahahaha !
hehe . supergirlshortstory.blogspot.com
Post a Comment