Hai semua. Harini nak promote blog lagi. Tapi ini blog adik sendiri, ahahaha. Macam apa je, tapi bagus lah tolong keluarga :3
Ini dia, Just Wani nama diberi. Nama blog lah of course. Baru habis UPSR, tahun depan form 1. Baru nak mengenal dunia, tapi aku galakkan dia buat blog. Aku harap dalam dunia blogging ni, dia akan jumpa perkara-perkara menarik dan berfaedah untuk dijadikan iktibar. Aku dah syorkan beberapa blog bagus untuk peringkat umur dia, dan aku dah larang dia dari mendekati ciri-ciri seorang blogger yang menyampahkan. Tak faham? Blogger yang tulis 'eww eww' dalam perkataan dan cerita pasal boyfriend dia paling hot di dunia dalam setiap post. Aku pun ada boyfriend jugak weyyy...
Kenapa aku galakkan dia blogging? Sebab pertama, boleh pupuk minat menulis. Sebab bila nak menulis ni, kita perlukan idea supaya hasil tulisan tak membosankan dan bukan setakat satu perenggan (eh tapi kadang-kadang aku pun selalu buat camtu. dammit). Nasihat pertama aku dekat dia, tolong lah gunakan bahasa baku bila menulis. Paling tak pun, kalau taknak baku sangat sebab takut orang cakap kau skema, takyah lah nak 'eww eww' dalam tulisan. Bukan takat membazir ruang, malah memanjangkan perkataan yang asalnya ada 4 huruf jadi 7 atau lapan huruf. Contohnya, perkataan macam dalam dialog berikut:
"Aku saja saja je buat macam tu kat kau. Aku dengki dengan kau."
Tetiba bila ada 'eww eww' dah jadi
"Akuw sajew sajew jewp bwat camtuww kat kaw. Akuw dengky ngan kawwww larh weyhh"
LMFAOROFLTROLLOLOL
Pada sesiapa yang pernah ada pengalaman buat benda-benda ni, takpe. Jadikan iktibar okay. Dalam masa yang sama, sila gelakkan diri sendiri sekarang. Bahahaha.
Selain dari tu, aku cakap jugak kat adik aku, kalau nak tulis pasal apa yang kau lalui dalam hidup, kau pergi mana harini, kau jatuh tangga berdarah hidung ke, itu semua tak kisah nak cerita. Kalau comel-comel cerita kau mesti orang suka nak baca. Tapi kalau setakat bergaduh dengan kawan, kawan terpijak kasut sikit terus taknak kawan selama-lamanya, kawan curik boyfriend kau, tolonglah weh jangan terniat pun nak tulis kat blog. Pergi cari buku latihan kau yang lama-lama tu, pegy tulis dalam tu diam-diam. Orang lain taknak tahu pun kau bergaduh dengan siapa. Kalau kau tetiba kawan balik dengan dia esok pun orang taknak tahu, walaupun tu bagus.
Jadi setelah memastikan dia faham, dan setelah aku tolong buatkan template khas untuk blog dia, maka secara rasminya pada tanggal 2 Oktober 2011, adik aku Wani telah pun mula melibatkan diri dalam dunia blogging. Aku harap dia ingat semua nasihat aku. Nanti dia dah start sekolah menengah, mungkin masa untuk blogging dah takde sangat, atau mungkin dia dah hilang minat, tapi aku sokong dia dari belakang. Sebab kalau aku sokong dari depan nanti bila dia nak taip dia tak nampak pulak skrin komputer tu kalau aku dok depan dia ahahahahaha dah diam. Okdahbaibai :D
Ini blog dia dan header blog dia yang ommey ommey aku tolong buatkan ahaha. Klik gambar kalau nak melawat :)
No comments:
Post a Comment